Perkongsian personaliti media sosial, Maryam Durian Kimchi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi gelagat anak perempuannya, Rina yang menangis di lapangan terbang kerana tidak dibelikan mainan.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Maryam di Instagram, memaparkan dirinya yang menitipkan pesanan kepada Rina yang sedang memegang patung mainan di sebuah kedai di lapangan terbang.
“Letak balik. Eomma (ibu) dah beli dah patung mainan. Satu hari satu sahaja mainan. Dua tak boleh.”-kata Maryam kepada Rina
“Nak Didik Anak Biar Dari Kecil…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji didikan Maryam dan Ryzal yang tidak terlalu mewahkan anak mereka biarpun pasangan ini berkemampuan, malah ada yang sempat memuji Rina masih dalam keadaan sopan biarpun menangis teresak-esak kerana tidak dibeli mainan yang kedua dalam waktu yang sama.
“Kalau nak beli 10 pun dia mampu. Tapi dia ajar bagi anak faham. Dalam hidup ini tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat.”
“Dia nangis pun sopan. Kita mak-mak bukan kedekut. Cuma cara ajaran tu kalau orang lain tengok kita kedekut.”
“Good job both parents and kid. Not about money, but about a life.”
“Sopan je Rina menangis. Kalau kanak-kanak lain dah tantrum mengamuk dah. Good girl sangat Rina.”
“Konten yang sangat bagus. Nak didik anak biar dari kecil. Biar mereka tahu bezakan bila parent berduit dan bila tak berduit.”
“Bagus Rina ni…tak la meraung-raung tantrum macam sesetengah budak……Maryam Dan Rizal pandai didik anak….tak mewahkan anak, displin kan anak.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.