Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

10 Aktor Bayaran Paling Tinggi Di Dunia. Nombor 6 Paling Win!

by Naddy Joe
August 26, 2020
Share on Facebook

Industri seni sememangnya boleh dikatakan sebagai industri kekayaan, hanya dengan membintangi sebuah filem sahaja anda sudah memperoleh bayaran sehingga jutaan ringgit. Perkongsian dari laman Forbes telah menyenaraikan 10 aktor lelaki yang mendapat bayaran tertinggi di dunia. Stay tune guys!

Jackie Chan ( 40 Juta US Dolar)

via @jackiechan

Sudah berusia enam dekad kariernya, Jackie Chan atau nama sebenarnya Chan Kong-Sang adalah seorang bintang seni mempertahankan diri dari Hong Kong yang berperanan sebagai stuntman, pengarah filem, koreografer aksi, screenwriter, produser, dan penyanyi ini masih aktif seperti biasa dan menghasilkan lima buah filem pada tahun lepas. Murai MY difahamkan, beliau menampung pendapatan filemnya berjuta-juta dari hasil sokongan dan licensing deals.

Adam Sandler ( 41 Juta US Dolar)

via Deadline

Adam Sandler merupakan pelakon Amerika, pelawak, screenwriter, produser filem, dan penyanyi yang kini sudah berusia 53 tahun. Beliau telah menemui “rumah” di Netflix. Pada bulan Januari, beliau menandatangani perjanjian lain untuk menghasilkan empat filem lagi untuk platformnya setelah filemnya Murder Mystery menjadi salah satu filem yang paling popular sepanjang masa.

Will Smith (44.5 Juta US Dolar)

via Victor Mochere

Will Smith atau nama sebenarnya Willard Carrol Smith Jr. adalah seorang aktor Amerika yang terkenal, produser, dan rapper. Will Smith memperoleh jutaan ringgit melalui Instagram, Youtube, dan TikTok. The Fresh Prince masih memperoleh watak-watak utama seperti dalam filem biografi berjudul King Richard. Will Smith memegang watak sebagai Richard Williams iaitu bapa dan jurulatih kepada pemain tenis Serena dan Venus.  Will Smith juga menandatangani perjanjian dengan Snapchat bagi lockdown series “Will From Home” semasa pandemik koronavirus. Dan akan datang, “Bright 2” di Netflix yang mana dilaporkan salah satu bayaran streaming tertinggi yang pernah ada.

Lin-Manuel Miranda (45.5 Juta US Dolar)

via Variety

Lin-Manuel Miranda adalah seorang komposer, penulis lirik, pelakon, penyanyi, rapper, produser, dan playwright.  Beliau juga menghasilkan dan turut membintangi dalam muzikal Broadway In The Heights dan Hamilton.

Disney memperoleh hak filem di seluruh dunia untuk produksi Hamilton Broadway pada harga 75 juta dolar tahun ini, meletakkan Miranda dalam senarai untuk pertama kalinya. Walaupun Broadway ditutup untuk baki tahun 2020, beliau masih boleh mengharapkan bayaran yang lumayan apabila In the Height versi filem dikeluarkan.

Akshay Kumar (48.5 Juta US Dolar)

Akshay Kumar atau nama sebenarnya Rajiv Hari Om Bhatia adalah seorang pelakon, produser, artis seni mempertahankan diri, stunt performer dan personaliti televisyen Bollywood. Beliau adalah antara bintang yang berpendapatan tinggi di Bollywood.

Kini Akshay Kumar sedang bersiap sedia untuk siri televisyen pertamanya The End di Amazon Prime. Akshay Kumar adalah salah seorang selebriti paling dermawan di Bollywood. Beliau pernah menyumbangkan sebanyak 4.5 juta US Dolar untuk bantuan koronavirus di negaranya.

Vin Diesel ( 54 Juta US Dolar)

via Luxatic

Vin Diesel atau nama sebenarnya Mark Sinclair merupakan seorang aktor Amerika, produser, pengarah, dan screenwriter.  Beliau sangat dikenali sebagai Dominic Toretto dalam Fast And Furious dan menjadikannya salah seorang pelakon terlaris sepanjang masa. Francais Fast and Furious adalah lombong emas bagi Vin Diesel yang memperoleh hampir 20 juta US Dolar bagi ‘F9’ yang akan datang. Beliau akan memainkan watak utama dalam sekuel Avatar yang akan datang.

Ben Affleck (55 Juta US Dolar)

via UPI.com

Ben Affleck atau nama sebenarnya Benjamin Geza Affleck-Boldt adalah seorang aktor Amerika, pengarah filem, produser, dan screenwriter. Beliau bersama dengan Matt Damon, pemain poker telah menganjurkan perlawanan yang berjaya mengumpul sebanyak 1.75 juta US Dolar untuk Feeding America untuk membantu yang terkesan kerana koronavirus. Beliau juga mengumpul gaji sebanyak 8 angka bagi filemnya yang akan datang berjudul The Last Duel dan filem aksi berjudul Hypnotic.

Mark Wahlberg (58 Juta US Dolar)

via Luxatic

Mark Wahlberg atau nama sebenarnya Mark Robert Michael Wahlberg adalah seorang aktor Amerika, produser, pemilik restoran, dan bekas rapper. Beliau adalah rapper pertama yang mencatatkan gaji tertinggi bagi beberapa buah filem seperti Daddy’s Home 2 dan Transformers: The Last Knight. Filemnya telah menjana pendapatan sebanyak 5.3 billion seluruh dunia. Tetapi beliau bukan sahaja aktif dalam lakonan, beliau dan keluarganya memiliki rangkaian restoran fast food iaitu Wahlburgers yang kini mempunyai lebih daripada 20 cawangan antaranya di California, New Jersey, Alabama, Texas, dan Michigan.

Ryan Reynolds (71.5 Juta US Dolar)

via we got this covered

Ryan Reynolds atau nama sebenarnya Ryan Rodney Reynolds adalah seorang aktor, produser filem, seorang usahawan. Beliau memegang watak superhero bagi filem Deadpool (2016) dan Deadpool (2018) yang memberikan kejayaan besar dalam hidupnya. Filem yang mencatatkan kutipan sebanyak 780 juta US Dolar seluruh dunia. Ryan Reynolds juga digelar sebagai anak emas Netflix yang memperoleh 20 juta US Dolar dari filem Six Underground dan Red Notice. Filem Ryan Reynolds yang seterusnya akan dikeluarkan tapi apa yang pasti beliau akan mendapat bayaran lapan angka bagi filem seterusnya.

Dwayne Johnson (87.5 Juta US Dolar)

Dwayne Doughlas Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock adalah seorang aktor Amerika-Kanada, produser, ahli perniagaan, bekas peninju profesional, dan bekas pemain bola sepak bagi pasukan Amerika dan pasukan Kanada. Beliau adalah antara pelakon dengan bayaran tertinggi di dunia untuk filem “Black Adam”  dan “Red Notice” yang akan datang. Bekas bintang gusti ini mendapat lebih dari 20 Juta US Dolar bagi setiap filem. Beliau juga terlibat dalam rancangan pertandingan NBC ” The Titan Games” dan siri “Young Rocks” akan datang.

https://lomp.at/579kl
Share4Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara