Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“10 Kaunter 3 Je Yang Buka” – Nombor Giliran Di Pejabat Imigresen UTC Cepat Habis?

Netizen berharap kerajaan baru dapat menyelesaikan masalah yang telah lama berlaku dengan sistem yang lebih baik

by Puteri Alia
December 6, 2022
Share on Facebook

Masalah kehabisan nombor giliran di pejabat imigresen cawangan UTC di negara ini sering membuatkan orang ramai tidak berpuas hati kerana hal tersebut bukan sehari dua berlaku tetapi telah makan bertahun.

Kuota Sehari 90 Nombor?

Terbaru tular di TikTok di mana seorang pengguna media sosial telah memuatnaik rakaman video yang memaparkan keadaan pejabat imigresen cawangan UTC Selangor.

Pemilik rakaman video yang dikenali sebagai ‘Abang Long’ ini berkongsi pengalaman beliau yang tiba seawal 6.00 pagi demi mendapatkan nombor giliran, terpaksa pulang dengan hampa apabila 15 minit pejabat di buka nombor giliran telah habis.

“Beratur jam 6 pagi. Kaunter buka jam 8.00. Jam 8.15 pagi nombor dah habis. Sehari 90 nombor je. Kena beratur jam 2 atau 3 pagi katanya.. Baik pacak khemah depan kaunter je.” Tulisnya

Melihat video berkenaan kedengaran pegawai tersebut memberitahu kepada orang ramai, kuota bagi pelanggan yang datang semasa pada hari biasa adalah lebih kurang 100 lebih dan urusan di kaunter pula dalam tempoh satu jam diperuntukkan untuk 10 orang pelanggan.

“Appointment, selalunya 90 lebih. Satu jam 10 orang. Okay ya. Walk-in ya selalunya kalau weekdays 100 lebih, lebih kurang.” Ujarnya

via TikTok dak_along_je

https://www.tiktok.com/@dak_along_je/video/7173094289323379995?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Melihat rakaman berkenaan, ramai berkongsi pelbagai pendapat dan ada juga yang meluahkan rasa simpati terutama golongan warga tua yang beratur lama dari awal pagi demi mendapatkan nombor giliran namun terpaksa pulang dengan rasa kecewa dan letih menunggu.

“Kesian pakcik makcik beratur jauh. Akhirnya nombor tak ada. Buka lah satu pusat atau laluan khas untuk warga tua, kesian dia orang.”

“Dari dulu macam ni.”

“Biasa lah.. 10 kaunter 3 je yang buka.” Komen mereka

via TikTok dak_along_je

Ramai Alami Nasib Serupa

Video yang dikongsikan mendapat perhatian dan tumpuan orang ramai, Murai MY menjengah ke ruangan komen dan mendapati rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.

“Dah kena dah sabtu dan ahad lepas dekat UTC Sentul.. Lagi beberapa langkah je nak sampai kaunter nombor.. Boleh pula nombor dah habis.. Frust betul..”

“Ipoh pun sama, nombor cepat habis. Lebih macam ni, walaupun nombor dalam 200 sehari tapi banyak orang nak buat. Dulu 2 tempat, sekarang dekat UTC je.”

“Sama dengan pejabat imigresen Kuching. Dah sampai sana pukul 9 pagi. Bila giliran kita ikut nombor pukul 11.35, lepas tu dia orang kata datang balik pukul 2 selepas waktu rehat.” Kongsi warganet

via TikTok dak_along_je

Mahu Kerajaan Menambahbaik Sistem

Muatnaik pengguna pemilik video ini juga mencetuskan bualan panas dikalangan warganet dan masing-masing menyuarakan pandangan mereka di ruangan komen.

“Tak ada sesiapa pun yang nak atasi masalah ni. Harap kerajaan @anwaribrahimofficial ambil maklum.”

“Semua imigresen macam ni.. Harap pihak kerajaan boleh menyelesaikan masalah ni. Dah lama berlaku bukan baru.”

“Menteri Datuk Seri @SaifuddinNasution kami harapkan ada penambahbaikan dalam masa terdekat..” Komen mereka

via TikTok dak_along_je

Rata-rata ramai yang berharap kerajaan baru di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menyelesaikan masalah ini dengan kaedah serta sistem yang lebih baik dari sebelumnya. Apa pandangan anda tentang isu ini?

Jabatan ImigresenPejabat Imigresen UTCUTC
https://lomp.at/mal64
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Hampir 5 Tahun Perkahwinan, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Sah Cerai Talak 1- “Semua Dah Selesai”

by Nurul A.
April 2, 2026

Nampaknya teka-teki mengenai status rumah tangga penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusof Bahrin akhirnya terjawab. Selepas hampir lima tahun perkahwinan,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Anak Aidid Marcello Dapat 8A Dalam SPM-“Alhamdulillah, Ini Semua Kerja Allah..”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Bekas personaliti televisyen, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen mereka menemani anak kedua,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara