Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

10 Orang ‘Viral’ Bakal Bersaing Dalam Program Realiti Terbaharu Astro

by Khai Azfar
June 4, 2020
Share on Facebook

Kesemua 10 orang figura ini pernah tular di media sosial kerana mempunyai vokal yang cukup merdu.Siapa sangka di sebalik suara kesemua mereka punyai bidang kerjaya tersendiri dan dibawakan khas dalam program realiti terbaharu berkonsepkan pertandingan nyanyian iaitu ‘Suara Viral’

Suara Viral Bermula 17 Jun 

Mulai 17 Jun ini, Astro Prima dengan berbesar hati membawakan 10 peserta yang terdiri daripada enam peserta lelaki dan empat peserta wanita bakal bersaing di pentas utama ‘Suara Viral’ selama lapan minggu untuk musim yang pertama.

Format penjurian adalah berdasarkan sistem pecahan pemarkahan 70% oleh barisan juri profesional di studio dan 30% oleh ‘Juri Duduk Rumah’ iaitu juri virtual yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

“Berdasarkan pengalaman luas Astro sebagai pembekal kandungan utama di Malaysia, kami mendapati penonton cenderung kepada program-program yang berkonsepkan realiti dan pertandingan.

Dalam pada itu, cukup jelas bahawa trend masa kini mempunyai nilai kebergantungan yang tinggi kepada elemen yang bersifat tular. Kami menyambut baik perkembangan ini kerana ia secara tidak langsung turut mengubah nilai komersial kandungan yang ditawarkan.

Justeru, kami ingin melakar inisiatif baharu dengan mengangkat bakat yang sebelum ini sekadar tular di platform media sosial dan tular dalam bidang pekerjaan masing-masing ke skala yang lebih besar di platform televisyen pula.

Menerusi ‘Suara Viral’, para peserta diberi peluang untuk mempamerkan bakat dan kreativiti masing-masing yang selama ini mungkin hanya dipertontonkan di alam maya ke alam sebenar” kata Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima dalam edaran pihak media.

Sepatutnya Disiarkan Secara Langsung 

Program ‘Suara Viral’ bakal menjanjikan kelainan yang segar berbanding program-program sedia ada yang pernah diterbitkan sebelum ini dan Astro berharap ia bakal menjadi sebuah lagi testimoni cemerlang untuk saluran Astro Prima dalam menawarkan program-program hiburan beraneka format khusus untuk tontonan seisi keluarga.

Barisan Juri Proffesional

Sebagai info, jika mengikut perancangan asal program ‘Suara Viral’ sepatutnya disiarkan secara langsung. Namun, bagi mematuhi syarat-syarat prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam usaha mengekang wabak Covid-19, program ini hanya akan diteruskan dengan rakaman awal tanpa melibatkan kehadiran penonton di studio. selain ‘Suara Viral’ akan sentiasa mengutamakan keselamatan semua pihak yang terlibat sepanjang penerbitan program ini.

Suara Viral
https://lomp.at/8022r
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

“Baju Belum Pakai Dah Reput?” Isu Kualiti Fabrik Cetus Persoalan Dalam Kalangan Pembeli

by Noe
March 25, 2026

Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti sehelai pakaian...

Read moreDetails
Foto - Instagram
Lokal

Marissa Didakwa Mahu Teruskan Perkahwinan, Kakak Umisya Mazlan ‘Rayu’ Danish Hakim Bertindak

by Nurul A.
April 2, 2026

Kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan, Nadia kembali mencuri perhatian ramai selepas 'merayu' Mohamed Danish Hakim untuk segera memeriksa keadaan adiknya,...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
LifeXplore

Perbandingan Galaxy S26 Ultra & iPhone 17 Pro Yang Buat Ramai Fikir Dua Kali. Jadi Mana Juara?

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Akhirnya rasmi! Terdahulu MURAI  ada kongsikan artikel tentang 5 Perkara Baru Pada Samsung Galaxy S26 Ultra Yang Buat Ia Berbeza....

Read moreDetails
Foto - @masjidsrisendayanofficial (IG)
Islamik

Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

by Nurul A.
February 24, 2026

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara