• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

11 Tahun Elyana Terus Kuat Jalani Kemoterapi Walaupun Sebenarnya Sudah Bebas Kanser

by Puteri Alia
August 16, 2024
Share on Facebook

Biarpun sudah disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu, penyanyi Elyana masih perlu menjalani rawatan kemoterapi sebagai langkah pencegahan.

Menerusi perkongsian terbaharunya di Instagram, Elyana, atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 37, memaklumkan bahawa dia baru sahaja selesai menjalani sesi kemoterapi di sebuah pusat perubatan.

Dalam video yang dimuat naik, Elyana kelihatan berada di atas katil hospital dengan wajah ceria meskipun sedikit keletihan. Walaupun begitu, beliau tetap mengekalkan semangat positif dan tenang dalam menghadapi rawatan ini.

“Muka terus bengkak sebab steroid dan chemo (kemoterapi). Saya sudah puas tidur tadi masa buat kimo (kemoterapi). Jadi sekarang saya tidak boleh tidur lagi,” ujar Elyana.

Beliau turut menambah bahawa selepas mengambil ubat, beliau akan cuba berehat lagi kerana tidak mahu otaknya menjadi terlalu tepu akibat kekurangan tidur.

Elyana, yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu, berkongsi bahawa ini bukan kali pertama dia menjalani rawatan kemoterapi.

Pada Julai lalu, Elyana mendedahkan bahawa dia telah menjalani rawatan kemoterapi keempat. Meskipun proses rawatan ini bukanlah sesuatu yang mudah, Elyana terus kuat menghadapi ujian ini dengan penuh kesabaran.

Walau bagaimanapun, perjalanan rawatan kemoterapi Elyana bukan tanpa cabaran. Sebelum ini, beliau pernah meluahkan rasa kecewanya apabila mendapat kecaman daripada netizen berikutan perkongsian mengenai rawatan kemoterapinya.

Akibatnya, Elyana memutuskan untuk tidak lagi berkongsi tentang perjalanannya menjalani rawatan ini di media sosial.

Namun begitu, sokongan dan kasih sayang daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia telah menjadi sumber kekuatan utama Elyana untuk terus berjuang melawan penyakit yang dihadapinya.

Semoga Elyana terus diberi kekuatan dan kesihatan dalam menghadapi hari-hari mendatang.

"Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan"- Elyana Emrizal
elyanaelyana bebas kanserelyana kanser
https://lomp.at/gqo7x
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram @elyamaisara_
Lokal

Ammar Nazhan Akhirnya Merisik Elya Maisara, Netizen Terharu- “Alhamdulillah, You Kept Your Promise!”

by Farah Fatihah
December 18, 2025

Selepas bertahun bercinta, pempengaruh digital Ammar Nazhan atau nama sebenarnya Ammar Mohd Nazhan bin Noralyadi akhirnya melangkah ke fasa lebih...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Kongsi Kapsyen ‘Hancur’, Rakan Selebriti & Peminat Beri Kata Semangat!-“Allah Uji..”

by Naddy Joe
January 13, 2026

Perkongsian aktor, Kamal Adli mencetuskan reaksi ramai rakan selebriti dan peminat selepas sah bercerai talak satu dengan pelakon, Uqasha Senrose...

Read moreDetails
Foto - @ericfuzi_f88 (IG)
Lokal

Terpaksa ‘Ikat Perut’, Eric Fuzi Belum Terima Bayaran Hutang Sebanyak RM51K- “Minggu Ni Auto Diet”

by Nurul A.
December 17, 2025

Itulah realiti sebenar apabila menjadi pemiutang. Jujur MURAI katakan, sebagai pemiutang, memang agak rumit untuk kita dapatkan semula wang yang...

Read moreDetails
via X /@Tyrese
Hollywood

Cristiano Ronaldo Sertai Fast & Furious, Peminat Terkejut Hingga Disangka AI

by Iffah Najwa
December 18, 2025

Ronaldo Masuk Dunia Fast & Furious Francais aksi ikonik Fast & Furious sekali lagi mencuri tumpuan apabila Cristiano Ronaldo disahkan...

Read moreDetails
Foto - @anzalnanasir88 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”

by Nurul A.
January 13, 2026

Pelakon jelita Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bercuti bersama keluarga di Jepun baru-baru ini. Walaupun ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore