• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

13 Tahun Bergaduh Gara-Gara Wanita, Syamsul Yusof Dan Ammar Alfian Kini “Berpelukan”

by Puteri Alia
December 12, 2024
Share on Facebook

Akhirnya, selepas 13 tahun berlalu dengan sejarah hitam yang penuh dengan persengketaan, pelakon Ammar Alfian dan pengarah Syamsul Yusof kini kembali berbaik-baik.

Siapa sangka, dua figura yang pernah jadi headline gara-gara hampir bertumbuk di restoran pada tahun 2013 itu, akhirnya boleh bergelak ketawa bersama-sama, merapatkan hubungan yang dulunya renggang.

Dan cara mereka menunjukkan perdamaian itu bukan dengan sidang media formal atau video klip penuh dramatik, tetapi melalui gambar di aplikasi Threads, Ammar memuat naik gambar yang menunjukkan Syamsul memeluknya dengan wajah penuh ceria.

Tidak ada lagi cakap-cakap yang “garing” atau dingin, sebaliknya mereka berdua kelihatan seolah-olah kembali seperti zaman zaman muda-muda dulu.

Ammar, yang kini berusia 37 tahun, dengan nada penuh bijak berkata, “13 tahun sudah berlalu, masa lalu adalah masa lalu. Tahun 2025 akan menjadi tahun yang lebih baik. Insya-Allah.”

Wah, nampaknya bukan sahaja mereka berdua yang berharap agar hubungan ini menjadi lebih baik, peminat juga turut tumpang gembira melihat mereka berbaik semula. Rata-rata komen dalam ruangan gambar itu menunjukkan sokongan penuh, sambil berharap kedua-dua mereka dapat terus berkawan dan bekerjasama untuk projek-projek akan datang.

Ada juga yang menyarankan agar mereka menghasilkan filem aksi bersama, entah mungkin sebagai babak aksi melawan masa lalu atau sekadar ingin melihat dua orang “hero” ini bekerjasama menghasilkan karya hebat.

ammar alfianSyamsul Yusof
https://lomp.at/kaeu0
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Lokal

Haliza Maysuri Tempah Set Kain Kafan Jenama Rizalman Ibrahim, Cetus Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 2, 2026

Usahawan terkenal yang juga pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri sentiasa menjadi bualan netizen di media sosial kerana sering menempah...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Shahrol Shiro Tidak Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah Lain, Namun Lain Pula Yang Jadi?

by Naddy Joe
January 12, 2026

Nama pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro sebelum ini mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi pengalamannya yang secara tidak sengaja tersalah...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahh Bersyukur Lihat Ibu Berjuang Lawan Kanser!-“Mama Baru Sedar Dari Operation..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojenn Aiwahh menitipkan rasa syukur melihat ibunya yang sangat kuat berjuang melawan kanser. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore