• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Minggu Suku Akhir Awesome Raja Lawak Memang Power! Para Peserta Tunjuk Kesungguhan Luar Biasa

by Arsiqin Yusof
October 30, 2022
Share on Facebook

Minggu kelapan Awesome Raja Lawak berlangsung dengan meriah pada malam Rabu, 26 Oktober baru-baru ini.

Para peserta kembali menyegit setelah hampir dua minggu memberi laluan untuk alumni Raja Lawak menghangatkan pentas dan bertanding minggu lalu.

Minggu kelapan yang juga suku akhir ini telah para peserta berjaya mempersembahkan sketsa dengan tema ‘Spoof/Paradi’.

Para Peserta Tunjuk Kesungguhan

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, pihaknya gembira melihat kesungguhan para peserta minggu ini.

“Sembilan peserta kembali mendominasi pentas utama. Masing-masing menunjukkan taring yang hampir dua minggu disimpan selepas memberi ruang kepada ‘abangabang senior’ mereka merancakkan gelanggang dalam episod istimewa edisi Alumni yang dibawakan khas pada minggu lalu. Kami di bahagian produksi dapat lihat kesungguhan kesemua peserta mempersembahkan skesta mereka di minggu suku akhir ini. Menerusi tema ‘Spoof / Parodi’, persembahan mereka berjaya membuat studio berderai dengan gelak tawa.

“Kemenangan kumpulan duo, SODA ternyata selayaknya kerana mereka berjaya menggandingkan parodi watak
popular anak ahli sihir rekaan novelis tersohor dunia, JK Rowling, Harry Potter dengan program game-show
terbitan antarabangsa, ‘Who wants to be a millionaire?’ dengan cukup kemas sekali. Sofwan dan Dani berjaya
memenangi hati juri tetap, Khir Rahman, Ayda Jebat dan Saiful Apek dari satu ‘punchline’ ke ‘punchline’ yang lain, seterusnya merekodkan sejumlah 83% markah keseluruhan dan mendapat 3 ‘UP’. Kumpulan SEDARE yang dianggotai oleh Afea dan AG Hafiz juga tidak kurang hebatnya apabila mengejar rapat di kedudukan kedua dengan markah terkumpul sebanyak 80%. Lakonan mereka yang memparodikan peristiwa serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong ternyata menghiburkan dan watak suami isteri yang dibawa juga dilihat menjadi.

“Dalam pada itu, kemenangan berganda juga buat kumpulan SODA apabila diumumkan sebagai pemenang ‘Man of the Match’ untuk minggu ini sekaligus memenangi hadiah imuniti yang mana mereka boleh memilih untuk menggunakannya sendiri atau memberikannya kepada peserta lain bertujuan untuk menyelamatkan mereka dari sebarang penyingkiran. Atas dasar setia kawan dan semangat saingan yang sihat, keputusan SODA untuk menggunakannya ke atas kumpulan duo Se’eh seterusnya menyelamatkan Otton & Muslim dari tersingkir pada malam tadi wajar dipuji. Kami berbangga apabila keluarga besar Awesome Raja Lawak ini mempamerkan keakraban dari hari ke hari dan ia terbukti apabila kedua-dua Dani dan Sofwan seikhlas hati membuat keputusan untuk memberi peluang kepada kumpulan Se’eh bersaing dengan mereka di pentas separuh akhir Awesome Raja Lawak pada minggu hadapan. Good job, SODA!,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Awesome Broadcasting Sdn Bhd (@awesometvmalaysia)

Penyingkiran

Bercakap tentang penyingkiran pula, Ezzan menyifatkan dua kumpulan yang meninggalkan program itu telah melakukan yang terbaik.

“Saya percaya, kedua-dua peserta, Hanif dan kumpulan SEMMAT telah memberikan persembahan terbaik mereka pada malam tadi. Perjalanan mereka di pentas Awesome Raja Lawak mungkin berakhir di sini sahaja namun saya yakin, dengan semangat yang kental, berbekalkan pengalaman dan tunjuk ajar dari barisan tenaga pengajar serta produksi program realiti komedi ini, dan menerusi platform yang betul, mereka boleh pergi jauh dalam industri seni tanah air, khususnya di arena komedi. Potensi yang ada pada mereka perlu diakui dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Hanif, kumpulan SEMMAT dan setiap dari mereka yang telah meninggalkan gelanggang Awesome Raja Lawak.

“Berbaki dua minggu sahaja lagi sebelum kita mengetahui siapakah di antara barisan peserta Awesome Raja Lawak yang akan dinobatkan sebagai Juara musim pertama ini seterusnya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM50,000! Dua minggu terakhir ini dilihat agak mencabar buat peserta di mana untuk minggu kesembilan ini yang juga merupakan minggu separuh akhir, peserta ditugaskan untuk mempersembahkan dua sketsa bertemakan ‘Seram dan Superhero’. ‘Expectation’ semua terutamanya barisan juri, mentor, pihak produksi mahupun audiens yang sentiasa menyokong dari hari pertama kita bersiaran adalah amat tinggi. Inilah masanya untuk mereka membuktikan penat lelah selama ini berhempas pulas memberikan yang terbaik saban minggu adalah berbaloi. Tunjukkan nilai sebenar mereka, zahirkan potensi masing-masing dan buktikan bahawa mereka bersedia untuk menjadi pelapis persada industri seni tanah air.

“Saya juga berbesar hati berkongsi di sini bahawa sehingga hari ini, Awesome Raja Lawak telah merekodkan sejumlah lebih dari 19 juta tontonan, selepas lapan minggu kami bersiaran. Saya yakin, momentum tontonan akan terus meningkat terutamanya di dua minggu terakhir kami bersiaran. Nantikan kejutan istimewa yang akan dibawakan pada minggu separuh akhir dan teruskan menyokong ‘Awesome Raja Lawak’ yang bersiaran secara langsung pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Awesome TV, saluran Astro (123) dan MyTV (112) dan siaran ulangan pada setiap hari Ahad, 6.00 petang,” katanya lagi.

Awesome Raja Lawak
https://lomp.at/zn9sa
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Eidress Puji Anzalna Cantik, Buatkan Netizen Teruja-“Anak Dia Greenflag”

by Noah Ab
October 31, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Eidress yang memuji Anzalna Nasir ketika membuat tutorial makeup ketika membuat live di...

Read more
Foto - Men's Journal
Hollywood

Kepala ‘Pecah’ Ketika Buat Stunt, Bintang ‘Spider-Man’ Dikejarkan Ke Hospital

Penampilan pertama Tom Holland dari filem 'Spider-Man: Brand New Day' telah mencuri perhatian ramai ketika aktor itu mula menjalankan penggambaran...

Read more
by Nurul A.
September 22, 2025
Foto - Variety
Bollywood

Sangat Berbahaya, Pakar Neurologi Dedah Betapa Serius Keadaan Kesihatan Salman Khan

Pelakon popular Bollywood, Salman Khan baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sedang menghadapi beberapa keadaan kesihatan yang serius, termasuklah aneurisme otak...

Read more
by Nurul A.
September 26, 2025
Lokal

Aisha Retno Pakai Dres Batik, Cetus Perdebatan Netizen Malaysia-Indonesia!

Penyanyi, Aisha Retno tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen di media sosial selepas dia berkongsi penampilannya di acara tayangan...

Read more
by Naddy Joe
November 19, 2025
Lokal

Janna Nick Terkejut Lobster Roll Harrods Viral: “RM98 Tapi Kosong Weh!”

Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick, baru-baru ini mencuba menu yang menjadi viral di Harrods, London iaitu Lobster Row. Makanan...

Read more
by Iffah Iffah
December 4, 2025
Musik

‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

Ella, Ratu Rock negara, akhirnya mengesahkan bahawa beliau akan kembali menggegarkan pentas mega melalui konsert “Majlis Tertinggi Rockqueen” pada 14...

Read more
by Phic ARMAN
December 4, 2025
Lokal

[VIDEO] Mas Khan Sebak Kerana Terlalu Cepat Menilai Luaran Manusia

Pelakon, Mas Khan berkongsi rasa sebak apabila dia terlalu cepat menilai seseorang ketika berada di sebuah stesen minyak. Kongsi Mas...

Read more
by Naddy Joe
September 30, 2025
Lokal

Amyra Rosli Buat Ibu Bapa Menangis Terharu, Hadiahkan SUV Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Mereka

Pelakon terkenal Amyra Rosli menyentuh hati ramai apabila menghadiahkan ibu dan bapanya sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sempena ulang tahun...

Read more
by Puteri Alia
November 24, 2025
Lokal

[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”

Perkongsian pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Airra Zulkifli yang...

Read more
by Naddy Joe
November 4, 2025
Bollywood

Kisah Rumah Tangga Adik Salman Khan Yang Ramai Tak Tahu

Kalau sebut nama Salman Khan, semua tahu dia hero Bollywood yang selalu buat jantung berdebar. Tapi tak ramai tahu kisah...

Read more
by Zaidin Albert
October 23, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  5. 5

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore