Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“17 Tahun Kenal Amy Search, Beliau Bukan Begini” – Shila Amzah Nafi Nabila Huda Punca, Minta Cari ‘Tangan Ghaib’ Cetus Provokasi

by Puteri Alia
July 14, 2025
Share on Facebook

Tidak mahu memburukkan keadaan atau mengheret nama yang tidak bersalah, Shila Amzah tampil dengan permintaan tegas agar pelakon Nabila Huda tidak lagi dikaitkan dalam kemelut panas antara dirinya dan legenda rock tanah air, Datuk Amy Search.

Dalam satu hantaran terkini di Insta Story, Shila menzahirkan kekesalannya apabila melihat nama Nabila terheret sama, meskipun menurutnya punca sebenar konflik tersebut datang daripada ‘tangan ghaib’ yang belum didedahkan.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, menegaskan bahawa isu yang timbul bukanlah kerana Nabila seperti yang didakwa segelintir individu, sebaliknya ada pihak lain yang menjadi dalang sebenar kepada provokasi sehingga tercetusnya kekecohan semasa sesi latihan konsert di Stadium Merdeka baru-baru ini.

“Saya sudah beri penjelasan bagi pihak sendiri dan tolong jangan kaitkan Abil (Nabila Huda) dengan perkara ini. Cari tahu benda dan tangan ghaib yang menyebabkan perkara ini berlaku,” tulisnya, dengan nada yang jelas menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Penyanyi lagu Patah Seribu itu juga meluahkan rasa terkejut apabila mendapati sikap Amy dalam kejadian tersebut sangat berbeza berbanding imej yang dikenali selama hampir dua dekad.

“Sepanjang saya kenali nama beliau dalam industri 17 tahun lalu, beliau langsung tidak begini,” luahnya.

Shila turut mengakui bahawa tindakan tidak menyebut nama Amy secara terus dalam laporan sebelum ini mungkin telah menimbulkan lebih banyak kekeliruan dan menyebabkan pelbagai nama termasuk Datuk Awie turut dipetik oleh netizen secara melulu.

Insiden yang tercetus ketika sesi latihan itu mendapat perhatian meluas apabila Shila mendedahkan dirinya ‘diserang’ oleh seorang artis legenda namun enggan menamakan individu tersebut ketika membuat laporan polis. Tindakan itu telah mengundang pelbagai spekulasi sehingga akhirnya beliau tampil secara terbuka malam Ahad lalu mengesahkan Amy Search sebagai individu yang dimaksudkan.

Shila Amzah Titip Pesanan Buat Para Ibu Bapa Selepas Anaknya Kembali Dijangkiti Kutu!

Sebelum pendedahan itu, seorang individu mendakwa bahawa Nabila Huda adalah punca kemarahan Amy terhadap Shila dan menyifatkan pelakon berusia 41 tahun itu seharusnya lebih matang dalam menangani hal keluarga. Namun kini, Shila sendiri telah menafikan dakwaan tersebut dan menekankan bahawa tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepada pihak yang tidak terlibat secara langsung.

Sebagai seorang artis yang pernah bergelar juara pertandingan nyanyian antarabangsa dan kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata, Shila dilihat cuba mengekalkan profesionalisme dalam menangani isu ini.

Namun kenyataan tentang adanya ‘tangan ghaib’ yang menjadi pencetus kepada provokasi jelas membuka ruang kepada persoalan baru, siapakah individu yang dimaksudkan Shila dan apakah motif sebenar di sebalik insiden memalukan itu? Setakat ini, segalanya masih menjadi misteri.

amy searchisteri amy searchnabila hudashila amzah
https://lomp.at/72di7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
Lokal

‘Allah Belum Bagi Rezeki Untuk Aisha Dapat Adik Baby..”-Fasha Sandha

by Naddy Joe
February 16, 2026

Perkongsian pelakon, Fasha Sandha mendapat reaksi netizen selepas seolah-olah memberikan bayangan mengenai dirinya yang masih belum diberi rezeki untuk menimang...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Berita

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan ‘Maid’ Bermasalah-“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang bermasalah sehingga sanggup merakam video yang tidak senonoh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara