Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

20 Selebriti Popular Sertai All Stars Buka Panggung

by Khai Azfar
August 21, 2019
Share on Facebook

Pernah tak anda membayangkan nama-nama besar di dalam industri seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Rita Rudaini atau Fizo Omar terlibat dalam mana-mana acara komedi?

20 Selebriti Popular Sertai All Stars Buka Panggung

Percaya atau tidak lama lagi anda bakal melihat bintang-bintang ini beraksi di dalam babak komedi pentas menerusi pertandingan stagecom (komedi pentas) yang dikenali sebagai All Stars Buka Panggung . Bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (142), program ini bakal menemui peminat bermula pada 6 September 2019.

Sebagai info, keunikan program ini terletak pada formatnya dimana ia menguji dan mencabar pelakon terhebat tanah air untuk beraksi dalam babak komedi pentas yang penuh kejutan, tanpa sebarang skrip dan perlu membuat improvisasi dialog mereka sendiri sambil berlakon.

Ajak Dan Shahrul Sebagai Hos 

Menggalas tugas sebagai hos program ini, Ajak dan Shahrul dari kumpulan Shiro telah dipilih berdasarkan kebolehan mereka membuat jenaka secara bersahaja dan natural, selari dengan konsep ‘All Stars Buka Panggung’.

Tidak pulang dengan tangan kosong, barisan pelakon ini akan saling berentap sesama mereka bagi merebut gelaran Juara Mingguan sebelum berentap sekali lagi bagi membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi.

Trivia Menarik All Stars Buka Panggung

  • Seramai 20 pelakon akan terlibat
  • Pada setiap minggu peserta dikehendaki menyediakan sebuah lagu pilihan mereka untuk diselitkan dalam persembahan sketsa. Namun, lagu itu akan dimainkan secara rawak pada bila-bila masa dan peserta perlu menyesuaikan situasi sketsa dengan lagu tersebut
  • Pada setiap persembahan, bakal diserikan dengan kemunculan selebriti popular tanah air yang dirahsiakan identiti mereka sehingga tirai set sketsa itu dibuka.
  • Juara pada setiap minggu bakal menyalurkan sumbangan sebanyak RM4000 kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air yang memerlukan bantuan.
  • Bakal dipancarkan secara langsung dari Royal Theatre, Shah alam untuk 7 minggu berturut-turut dengan durasi siaran selama 90 minit

Senarai Selebriti All Stars Buka Panggung 

  1. Datuk Aaron Aziz
  2. Datuk Rosyam Nor
  3. Datuk Fizz Fairuz
  4. Datin Seri Umie Aida
  5. Datin Diana Danielle
  6. Rita Rudaini
  7. Fizo Omar
  8. Naim Daniel
  9. Liyana Jasmay
  10. Faradhiya
  11. Fahrin Ahmad
  12. Zulhuzaimy
  13. Sharifah Sakinah
  14. Sweet Qismina
  15. Johan As’ari
  16. Ruhainies
  17. Fauzi Nawawi
  18. Izzue Islam
  19. Noorkhiriah
  20. Mona Allen
All Stars Buka Panggung
https://lomp.at/c455m
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara