Pergolakan dalaman kumpulan lagenda rock, Search masih lagi tiada penghujung. Selepas pemain dramnya Yazit mendakwa diherdik oleh isteri vokalis kumpulan itu dan bertindak membuat laporan polis berhubung dakwaan pecah amanah.

Yazit mendakwa beliau tidak menerima sebarang bayaran daripada konsert di Istana Budaya. Susulan daripada itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman bertindak membuat penjelasan berhubung dakwaan itu di akaun facebook miliknya.

Menurut Amy, dakwaan ahli kumpulan Search pecah amanah sebagaimana yang didakwa oleh Yazit adalah tidak benar dan bayaran telahpun dibuat berdasarkan persembahan yang dibuat.

IKLAN

str2_bysearch_brianyong_3_LEAD

“Yazit main mana yang dia larat, Dia main empat lagu. Kita (Amy, Kid, Din dan Nasir) main 20 lagu dan hampir 2 jam setengah.

“Yazit dapat RM42,000 dan RM7,000 duit t-shirt, Cuma kurang 20 peratus dari kita orang sebab bayar pemain dram sessionist,” katanya dalam kenyataan itu.

Malah kata Amy, ada juga persembahan yang tidak disertai Yazit tetapi diberi juga wang kepadanya.

“Ada show yang dia tak main sebab kat hospital tapi kita bagi juga. Nasir hantar di hospital pada bulan puasa beberapa hari sebelum raya. Siang kawan hantar rezeki, malam keluar di TV dia kata kawan penipu,” kata Amy.

str2_8col_GKSEARCH_tbkho

Dlam masa yang sama, Amy turut mempersoalkan tindakan penganjur konsert berkenaan, AF Jets.

“AF Jets ada berjuta-juta ringgit untuk projek ni. Diorang boleh bagi cek apa ada hal. Tap[I dia orang tuang minyak kasi ini api lagi besar…Kenapa?? Dia orang je ade jawapan,” katanya dalam kenyataan itu.

Search yang mula menempa nama dalam industri muzik tanah air sejak tahun 1980-an dan diasaskan di Johor Baru.

Pernah berpecah pada tahun 1998 namun bersatu semula pada tahun 2003 untuk mengubat kerinduan peminat muzik rock tanah air. Namun kini, kumpulan rock lagenda ini berdepan dengan pergolakan dalaman.

Diharap, pergolakan ini menemui jalan penyelesaian yang baik tanpa berlaku perpecahan..

https://www.youtube.com/watch?v=bnAK7F33FWM

IKLAN