Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa bagi meraikan warga pendidik yang tidak pernah kenal erti jemu mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.

Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, kami kongsikan sejarah mengapa 16 Mei dipilih sebagai tarikh sambutan Hari Guru.

Berapa ramai yang tahu tema sambutan Hari Guru untuk tahun ini? Hahahaha…Jangan garu kepala ye…tema tahun ni GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Jangan tak tahu pulak..

Tapi tahukah anda, mengapa tarikh 16 Mei ini dipilih untuk meraikan warga pendidik setiap tahun?

Tarikh istimewa ini dipilih sebagai Hari Guru kerana ia merupakan tarikh sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara Malaysia.

Dokumen yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak itu.

Haa…sebab itulah tarikh 16 Mei ini dipilih untuk sambut Hari Guru. Namun pada sambutan ini agak-agak siapa yang lebih happy? Pastilah para pelajar sebab pada masa inilah mereka akan bersungguh-sungguh menonjolkan bakat-bakat mereka untuk hiburkan guru.

IKLAN

Ibu bapa pula tidak kurang juga bersemangat sama-sama dengan anak-anak mereka membanjiri kedai cenderamata semata-mata untuk menyediakan hadiah kepada anak mereka untuk guru-guru.

Mengapa sambutan Hari Guru diraikan? Jangan tak tahu, ia bukan sambutan saja-saja je…ada objektifnya tersendiri.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Jadi anda semua jangan tahu sambut aje tapi tak tahu apa makna dan sejarah sambutan Hari Guru ni. Buat warga pendidik di luar sana, teruskan usaha anda semua untuk melahirkan anak bangsa yang berjaya.. Selamat Hari Guru!!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry