Bekas Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin menampilkan prestasi cemerlang apabila berjaya menduduki podium pada Kejuaraan Superbike Dunia 2016 (WSBK2016) Sepang yang melabuhkan tirai semalam.

zulfahmi2

Zulfahmi berada di tempat kedua bagi kelas Supersport di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Kemenangan itu sekaligus menamatkan kemarau empat tahun tanpa penamat di kejohana berkenaan sebelum ini.

IKLAN

Memulakan perlumbaan di petak kelima, Zulfahmi mula mendapat rentak dan mendahului saingan pada pusingan ketiga.

Mendapat saingan sengit daripada pelumba Honda, A. Badovini, Zulfahmi akhirnya berjaya merangkul tempat kedua.