Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kehadiran pesawat terbesar di dunia Antonov An-225 Mriya yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA. Pasti ramai yang nak tahu apa yang menarik sangat dengan kapal terbang ini kan? Jom lihat 5 fakta menarik tentang pesawat yang bapak besar ni…

  1. Mriya jika diterjemahkan secara mudah bermaksud ‘Impian’, dan hanya ada sebuah ‘Impian’ di dunia pada masa ini.

13173718_1144764358877132_612867136437576685_n

IKLAN
  1. Pesawat ini dibina pembina kapal terbang Ukraine, Antonov ketika era Perang Dingin pada tahun 1980-an. Ia bertujuan mengangkut kapal angkasa lepas ‘Buran’ bagi program penerokaan angkasa Persekutuan Soviet.

13241236_1144764492210452_7137770372612320228_n

  1. Selepas tamatnya Perang Dingin, pesawat ini tidak bergerak selama lapan tahun akibat kekangan kewangan. Selepas itu, ia ‘lahir semula’ sebagai pengangkut kargo terbesar di dunia.

13133130_1144764528877115_6325981093547059845_n

  1. Kos operasinya sangat tinggi. Pada tahun 2004, kos menerbangkan sebuah serombong asap dari Billund, Denmark ke Kazakhstan mencecah USD300,000.

13178533_1144764515543783_3351503698898072839_n

  1. Ia mampu mengangkut 1,500 manusia pada satu masa – hampir tiga kali ganda kapasiti kapal terbang penumpang terbesar dunia.

ANTONOV 2