Demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya, lelaki ini nekad mengelilingi kota Jakarta dengan menaiki motosikal sambil memakai kostum super hero yang dibuat sendiri untuk menjualnya.

wahyudi3

Semuanya bermula setelah Wahyudi Riyanto kehilangan pekerjaan sejak tiga tahun lalu. Hanya dengan mengenakan kostum Iron man yang dibuatnya sendiri, Wahyudi mengelilingi kota Jakarta untuk memperagakannya dan menggantung iklan di hadapan dan belakang badan.

Menurutnya, dia tidak pernah menyangka akan melakukan pekerjaan menjual kostum berkenaan sebagai sumber pendapatan.

“Ia memang berisiko, namun demi memenuhi keperluan keluarga dan mencari wang, saya fikir ini boleh dijual,” katanya.

wahyudi

Selain menjualnya, Wahyudi turut menyewakan kostum berkenaan kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan kadar sewaan Rp200,000.

IKLAN

Wahyudi berkata, selepas 3 bulan mencuba untuk menjual kostum berkenaan, setakat ini tiada lagi pembeli yang berminat.

“Saya tidak mampu untuk memberi wang sebanyak Rp1,000 kepada isterinya, dan tidak mampu menjadi suami dan ayah yang baik. Jadi bagaimana tanggungjawab saya sebagai suami,” katanya memetik laporan BBC Indonesia.

wahyudi 5

Malah katanya, kekurangan dan masalah kewangan yang dihadapinya membuatkan dia pernah menitiskan air mata di sebalik topeng super hero yang dipakainya.

“Saya pernah menangis di sebalik topeng ini kerana mengenangkan nasib, namun apakn daya, tiada siapa yang mengerti kesusahan yang saya hadapi,” katanya.

wahyudi6

Wahyudi sebelum ini pernah bertugas di sebuah stesen televisyen swasta di Indonesia namun diberhentikan pada tahun 2014. Walaupun hilang pekerjaan, namun Wahyudi tetap meneruskan usahanya untuk menyara keluarga dengan cara yang halal.

https://www.youtube.com/watch?v=7447Ifs2Io0

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry