Melayari internet kini menjadi rutin rata-rata rakyat di negara ini. Perkembangan ini menguindang kepada pelbagai masalah komputer serta jenayah siber yang kian meruncing. Sindiket penipuan serta kecurian identiti semakin menular dan ia sedikit sebanyak membimbangkan warga netizen.  Namun tahukah anda bagaimana untuk melayari internet dengan lebih selamat? Ikuti 5 tips berguna untuk lebih selamat ketika melayari internet.

password

1. Gunakan kata laluan/password yang kuat

Elakkan penggunaan kata laluan mudah seperti 12345, abcd, atau yang sama waktu dengannya kerana segala data penting seprti urusan perbankan secara online dengan mudahnya dapat dicuri.

email

2. Gunakan emel dengan bijaksana

Ketika menggunakan emel, berhati-hati dengan maklumat yang disampaikan melalui emel ini. Eemel sebenarnya tidak sepenuhnya selamat untuk menghantar sebarang butir-butir peribadi anda. Hindari daripada membuka emel spam kerana dikhuatiri mengandungi virus, kandungan lucah dan ganas, serta mendorong kepada aktiviti penipuan atau scam.

IKLAN

smart-online-shopping

3. Berbelanja secara online dengan hati-hati

Sekiranya anda meilih untuk shopping secara online, pastikan laman web yang menyediakan khidmat membeli belah ini dipercayai. Bagi laman membeli belah yang memerlukan anda memasukkan data atau butiran peribadi, pastikan url laman berkenaan bermula dengan HTTPS.

pantau

4. Pantau aktiviti online anak-anak

Pastikan anda memberti perhatian sepenuhnya ketika anak-anak menggunakan internet. Pilih tempat meletakkan komputer  yang mudah untuk anda memantau kegiatan anak anda seperti di ruang tamu kedua, atau di bilik khas yang boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja dengan mudah.

antivirus

5. Gunakan perisian sekuriti atau antivirus

IKLAN

Ini langkah yang amat penting bagi mengelakkan komputer anda menjadi mangsa jangkitan virus.  Ini sekaligus menghalang jenayah siber seperti kecurian identiti, spam, adware, spyware dan bermacam-macam ware lagi.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry