Melancong ke luar negara menjadi idaman semua orang. Malah ada yang menjadikannya sebagai rutin aktiviti tahunan. Namun terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian ketika melancong khususnya ke luar negara.

Passport-with-Map

1. Periksa Pasport

Pastikan pasport anda masih sah. Dalam erti kata lain, tarikh tamat tempoh pasport anda mestilah tidak kurang 6 bulan daripada tarikh anda hendak ke luar negara. Sekiranya tidak cukup 6 bulan, maka anda tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan ke luar negara.

tickert

2.Tempahan tiket

Anda disarankan untuk membuat tempahan tiket dari awal. Sebaik-baiknya dalam tempoh seawal 3 ke 6 bulan daripada tarikh anda hendak ke luar negara. Pastikan juga anda membuat web check in 2, 3 hari sebelum berlepas. Simpan salinan tiket penerbangan sebagai ‘back up plan’ sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

IKLAN

itinerary

3.Buat itinerary percutian anda

Sebaiknya anda lakukan sedikit survey atau research tentang percutian anda. Dapatkan maklumat mengenai negara yang anda ingin kunjungi. Penting juga untuk membuat tempahan penginapan, pemandu pelancong serta makanan ketika anda di luar negara.

money

4.Tukar duit di pengurup wang berlesen.

Matawang kita pasti tidak laku di negara orang. Jadi adalah baik anda tukar siap-siap matawang negara yang anda ingin kunjungi di pengurup wang berlesen. Pastikan anda memeriksa juga kadar tukaran matawang kerana lain pengurup, lain kadar tukaran sebab mereka pun nak untung.

emergency money

5. Duit kecemasan

IKLAN

Pastikan anda menyimpan sedikit wang untuk keadaan yang tidak dijangka. Jadi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini atau tidak terduga, anda masih ada wang back up dan boleh digunakan dengan tenang dan bajet anda pun tidak lari.

clothing

6. Pakaian

Bawa pakaian secukupnya sahaja. Jika perlu kurangkan, maka kurangkan pakaian anda untuk memudahkan anda mengemas. Ini juga membantu anda untuk shopping di luar negara sebab ada banyak space untuk isi barangan yang anda beli.

Airport-31

7. Datang awal ke air port

Ini penting agar anda tidak ketinggalan penerbangan. Datang awal juga membuatkan anda lebih tenang dan tidak terkejar-kejar untuk ke air port. Jadi anda boleh mulakan trip dengan lebih santai dan rileks.

8. Jaga keselamatan barang anda

Ini langkah penting kerana di mana sahaja tempat di seluruh dunia ini, pasti ada yang cuba mengambil kesempatan. Kalau hilang pasport di negara orang, memang kita akan berdepan dengan masalah. Mood melancong juga akan spoil…So hati-hati ye.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry