Menjijikkan…Geli melihat telatah seorang penjual durian yang pengotor ini. Sanggup dia meludah ke dalam isi durian yang nak dibungkusnya.

Video tindakan peniaga ini bagaimanapun berjaya dirakam dan kini sedang viral di media sosial. Diharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan terhadap peniaga kurang ajar ni.

Menurut apa yang dikongsikan oleh netizen, video berkenaan dirakamkan di sebuah gerai durian di Gombak.

Difahamkan, tauke kepada peniaga durian ini yang berusia 54 tahun telah ditahan polis untuk siasatan.

Sumber: My Media Hub

IKLAN