Hubungan suami isteri kadang kala pasti akan dilanda badai juga. Sebenarnya untuk mengeratkan hubungan dan sentiasa menjadikannya hangat tidaklah sukar sebagaimana yang dijangka.

Apa yang perlu anda lakukan korbankan sedikit ego untuk pasangan anda dan sentiasa cuba untuk menjadi seorang yang romantik serta mengambil berat.

Loving-Couple-Sunlight-Image

Merajuk sudah menjadi rutin setiap pasangan bukan sahaja yang sedang hangat bercinta tetapi juga dalam hubungan suami isteri.

Cara pujuk isteri mungkin tidak sama dengan cara pujuk kekasih, oleh itu jom tengok 6 cara memujuk isteri merajuk dan marah dengan anda di bawah ini:

1. Dengar luahan isteri

Jadilah pendengar yang baik. Lelaki perlu memberi ruang kepada isteri untuk meluahkan segala-gala yang terpendam. Dengan cara ini anda akan lebih memahami punca dan sebab setiap masalah yang berlaku dalam hubungan Jika isteri marahkan anda, jangan sesekali marah balik tapi dengar dulu pandangannya dan biarkan dia bercakap hingga habis. Lepastu barulah anda boleh luahkan pendapat anda.

IKLAN

2. Berterus terang

Sebarang keputusan tidak kira besar atau kecil perlu dibuat secara berterus terang dengan isteri. Pendek kata kongsikan segala-galanya bersama isteri dan cuba untuk yakinkan isteri tentang keputusan yang anda buat itu adalah yang terbaik.

romatik 2

3. Berjanji untuk berubah

Sekiranya isteri merajuk atau marah dengan tabiat buruk anda, berjanjilah dengannya bahawa anda akan cuba sedaya upaya untuk berubah dan tunjukkan kepadanya keseriusan anda untuk berubah. Tapi jangan sekadar cakap saja, anda perlulah berusaha untuk ke arah itu.

4. Buat keputusan bersama

Sentiasa libatkan isteri dalam setiap keputusan yang dibuat. Perbincangan memainkan peranan penting buat suami istreri untuk membuat sesuatu keputusan. Ingat!! Apa yang penting anda perlulah bertolak ansur dengan pasangan. Dengan cara ini pasangan anda tidak akan rasa tersisih dan pastinya akan menanyakan pendapat anda dalam setiap keputusannya juga.

5. Berusaha memujuk

IKLAN

Bab memujuk ni kadangkala agak sukar untuk lelaki. Maklumlah lelaki ada egonya sendiri, tapi kalau ikutkan ego, sampai ke sudah masalah akan membelenggu dalam hubungan. Jangan berhenti memujuk jika isteri merajuk kerana pujukan anda sebenarnya amat memberi kesan yang besar kepada jiwa pasangan.

unique-gifts-for-her

6. Jadi romantik

Sesekali, keluarlah bersama berdua-duaan, makan malam dalam suasana yang romantic dan berikan kejutan kepada pasangan anda. Cukup sekadar sejambak bunga sahaja walaupun hanya bunga tetapi ia meninggalkan seribu kenangan manis buat si isteri. Tapi jika berkemampuan, sesekali manjakan isteri dengan surprise yang berharga. Makan di tempat favouritenya, selitkan kata-kata romantic buat isteri.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry