KAHERAH – Pesawat EgyptAir dari Paris ke Kaherah bersama 66 penumpang dan anak kapal yang terhempas di Laut Mediterranean awal pagi ini, didapati membelok tajam semasa berada di ruang udara Laut Mediterranean.

Egypt-Air (1)

Keadaan itu berlaku sejurus  sebelum menjunam dalam keadaan berpusing dari ketinggian 11,277 meter.

IKLAN

Pesawat MS804 tersebut dipercayai terjunam di ruang udara Mesir pada pukul 2.30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia) kira-kira 280 kilometer dari pantai Mesir tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan.

map-egyptair-624

Terdahulu pesawat malang berkenaan dalam peerbangan daripada Paris ke Kaherah Mesir dilaporkan hilang daripada radar ketika berada di ruang udara Laut Mediterranean.