Musim cuti sekolah sudah hampir tiba. Masa inilah ibu bapa dan anak-anak sibuk planning mana nak habiskan masa cuti sekolah selama dua minggu tu.

Sebenarnya banyak lokasi menarik dalam negara kita yang ada keunikannya tersendiri. Asyik nak bercuti ke luar negara saja pun tak elok juga. Bukan apa bagi yang berkemampuan tu oklah, tapi untuk yang kurang berkemampuan macam mana?

Di sini, dikongsikan 5 lokasi unik untuk menghabiskan cuti persekolahan sekeluarga.

IKLAN

tubotel2

1. Tubotel Langkawi

Tubotel merupakan sebuah pusat penginapan unik yang menyediakan penginakan dalam kolong yang dibina dan dihias indah lengkap dengan segala kelengkapan macam bilik hotel . Inilah keunikan yang ada di Tubotel di samping ia menghadap laut yang memukau pandangan bagi yang gemarkan pemandangan laut.

tanah aina

2. Tanah Aina Fahad, Pahang.

Pusat peranginan ini terletak di daerah Ulu Dong, Raub Pahang. Lokasinya tidak begitu jauh dnegan Kuala Lumpur. I aterletak di kawasan hutan yang menghijau dan sesuai untuk emreka yang sukakan alam semulajadi. Ap ayang menarik di sini ialah, pusat peranginan ini menyediakan penginapan di dalam khemah! Tetapi, walaupun dalam khemah, ia lengkap dengan kemudahan bertaraf lima bintang!!

tnh aina farouq

3. Tanah Aina Farouq, Pahang

Resort terletak di Pahang iaitu Tanah Aina Farouq yang berkeluasan 19 hektar di Mukim Tras, Raub; Tanah Aina Fareena (tiga hektar) di Lentang, Bentong dan Tanah Aina Fahad (dua hektar) di Ulu Dong, Raub. No 2 dan No 3 adalah resort di bawah Aina Farrah Soraya.

Seaventures-2009-CU

4. Seaventures Dive Rig, Semporna, Sabah.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti scuba, pusat peranginan ini mesti anda kunjungi! Ap ayang uniknya ialah ia dibina di atas sebuah bekas pelantar minyak di tengah lautan. Pilihan bilik yang ditawarkan adalah untuk mereka yang masih bujang hinggalah yang telah berkeluarga.

IKLAN

the-shorea-3

5. The Shorea, Negeri Sembilan

The Shorea terletak dalam daerah Serembang di Negeri Sembilan. Di sini menyediakan segala kemudahan untuk aktiviti lasak seperti trekking dan juga mandi manda di air terjun Hutan Simpan Berembun.