Sebut sahaja jambatan pasti anda terbayangkan jalan raya yang dibina khas merentangi sungai atau laut untuk kenderaan darat seperti kereta dan motosikal bukan?

jambatan 1

Tahukah anda sebenarnya wujud jambatan yang dikhaskan untuk pengangkutan air seperti kapal dan bot?

Ya!! Jambatan kapal ini memang wujud dan ia terletak  di Jerman. Jambatan air ini dibina di Jerman dan dikenali sebagai Magdeburg Water Bridge. Ia dibina pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.

jambatan 3

Panjang jambatan yang unik ini mencapai  3,012 kaki atau 918 meter dan kos pembinaanya pula mencecah 500 juta Euros atau RM2.167 bilion.

IKLAN

jambatan 4

Ia dibina menggunakan 24,000 tan metrik logam dan 68,000 blok konkrit dan ia sebenarnya merupakan jalan pintas atau shortcut kepada bot dan kapal.

jambatan 6

Kini ia merupakan sebuah mercu tanda dan menjadi lokasi tumpuan pelancong yang mahu melihat sendiri keajaiban senibina dan kejuruteraan moden ini.

Magdeburg_Water_Bridge_03

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry