Mee segera sememangnya mudah disediakan dan lazat dimakan. Ia bukan sahaja mudah malah kosnya juga lebih murah. Biasanya ia menjadi makanan rutin terutama golongan pelajar yang mahu berjimat dan juga mereka yang mahukan hidangan ringkas dan mudah.

Tetapi harus diingat, dalam kelazatan mee segera itu juga mengandungi beberapa kesan negatif sekiranya ia dimakan dalam jumlah yang banyak.

So, kalau boleh elakkan pengambilan mee segera yang kerap dan kalau boleh elakkannya dan gantikan dengan bahan makanan lain yang lebih mudah dan menyihatkan seperti buah-buahan dan salad sayur-sayuran. Lagu mudah kan? Jom kita lihat kesan pengambilan mee segera yang kerap.

gastrointestinal-system

1. Merosakkan pencernaan

Mee segera membuatkan sistem penceranaan anda rosak. Ini kerana terdapat kajian yang dijalankan mendapati, pengambilan mee segera yang kerap bo0leh menyebabkan masalah perut seperti cirit birit, sakit perut, kembung perut serta masalah perut yang lain, Jadi kurangkan dan kalau boleh elakkan terus pengambilan mee segera.

IKLAN

blood pressure

2. Meningkatkan tekanan darah

Mee segera mengangundi kadar natrium yang tinggi. Kandungan natrium yang tinggi ini boleh menyebabkan masalah buah pinggang dan meningkatkan tekanan darah.

3. Menurunkan sistem metabolisme

Anda ingin tahu mengapa makan mee segera boleh membuatkan berat badan anda naik dengan drastiknya? Ini kerana mee segera boleh menyebabkan penurunan sistem metabolisme badan.

Monosodium_glutamate_crystals

4. Tinggi kandungan MSG

Monosodium Glutamate atau MSG merupakan salah satu kandungan yang terdapat dalam mee segera dan ia tersedia dalam jumlah yang agak tinggi. Umum mengetahui bahawa pengambilan MSG dalam kadar yang tinggi boleh menyebabkan penyakit buah pinggang, kerosakan otak dan komplikasi tububh yang lain.

IKLAN

fat-boy

5. Menggemukkan

Yang ini pasti memberi kesan kepada semua orang terutamanya wanita yang menitikberatkan penampilan dan berat badan. Kandungan utama mee segera adalah karbohidrat, garam, MSG dan juga bahan pengawet. Bahan inilah yang menjadi faktor utama kegemukan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry