Gara-gara ketagih sebuah pesawat Lufthansa penerbangan LH476 terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas seorang penumpang cuba menyalakan rokok.

Smoking

Pesawat yang dalam penerbangan dari Munich Jerman ke Vancouver Kanada itu terpaksa mendarat di Hamburg di mana pasukan keselamatan telah sedia menanti di sana.

Lelaki berkenaan juag turut menjerit dan cuba membuka pintu pesawat untuk merokok.

cigarette-butts

Situasi cemas terbabit diceritakan oleh seorang penumpang pesawat Aurbus A340-600 itu yang turut berada dalam penerbangan berkenaan.

Penerbangan LH476 terpaksa ditunda selama tiga jam gara-gara insiden terbabit.

IKLAN

lufthansa

Salah seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Losch berkata, dia bersyukur kerana sepanjang insiden berkenaan, juruterbang pesawat tetap tenang dan terus membawa pesawat terbabit ke Hmburg untuk melakukan pendaratan cemas.

lufthansa 2

“Kapten pesawat semangnya hebat! Walaupun berdepan detik cemas itu namun dia tetap tenang dan terus membawa pesawat ke Hamburg dan kami semua dalam keadaan selamat,” katanya memetik laporan CBC.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry