Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melakukan pemantauan secara berterusan berikutan letusan Gunung Berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia.

sinabung main

Ini kerana, debu daripada letusan berkenaan dikhuatiri akan sampai ke Malaysia kerana tiupan angin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata setakat ini tiada asap dan debu daripada gunung itu sampai ke Malaysia dan sehingga 12 tengah hari Isnin, tiada letusan susulan berlaku.

“Tiada asap (dan) debu dari gunung berapi Sinabung sampai ke negara ini kerana kelajuan angin di permukaan sehingga paras 5,000 kaki adalah lemah,” katanya dalam satu kenyataan.

IKLAN

sinabung 2

Menurut beliau, MetMalaysia akan menjalankanpemantauan secara berterusan berhubung pergerakan asap dan debu daripadan letusan gunung berkenaan di ruang udara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

“Sekiranya berlaku letusan susulan dan asap (dan) debu itu memberi kesan kepada penerbangan dalam FIR tersebut, nasihat asap (dan) debu untuk penerbangan akan dikeluarkan,” katanya.

Letusan Gunung Sinabung Sabtu lalu mengorbankan tujuh nyawa manakala dua dilaporkan kritikal akibat debu panas di daerah Karo, Sumatera Utara.