Gula-gula berbentuk bintang yang didakwa mengkhayalkan didapati tidak mengandungi sebarang bahan terlarang sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu merujuk kepada ujian makmal yang dibuat ke atas sampel gula-gula berkenaan oleh Pusat Racun Negara di Universiti Sains Malaysia (USM).

IKLAN

“Keputusan ujian yang dikeluarkan pada 17 Mei mendapati gula-gula itu tidak mengandungi sebarang bahan terlarang (dadah),” kata kenyataan AADK.

lab

Menurutnya, kemungkinan besar pening, khayal dan kejang otot yang dilapor dialami beberapa murid sebuah sekolah di Pulau Pinang selepas memakan gula-gula yang dibeli di luar sekolah disebabkan faktor lain seperti gula-gula sudah tercemar.

Terdahulu, media pernah melaporkan beberapa murid di sebuah sekolah rendah di utara tanah air mendakwa khayal selepas memakan gula-gula berkenaan yang dibeli di luar sekolah.

drug-testing-2

Dakwaan gula-gula berkenaan mengkhayalkan turut menjadi viral di media sosial selepas ia dikongsikan oleh netizen.

Nasib baik bukan dadah betul, kalau tak kesian la kat budak sekolah yang tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan.