Vokalis kumpulan Wings, Awie mahu kesemua ahli kumpulan Search mengambil pendekatan diplomatik dan duduk berbincang bagi menyelesaikan kemelut yang melanda kumpulan rock lagenda tanah air itu.

str2_8col_GKSEARCH_tbkho

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman 48 berkata, pergolakan yang melanda kumpulan itu akan memusnahkan reputasi mereka.

IKLAN

“Perkara bergaduh itu seperti budak-budak, mereka perlu selesaikan dan bertemu bagi menjernihkan keadaan kerana jika tidak reputasi mereka sendiri yang calar.

Yazit 3

“Mereka sepatutnya sayang dengan persahabatan yang diibaratkan seperti adik beradik sejak lebih 35 tahun Search ditubuhkan itu,” ujarnya memetik laporan mStar Online.

Terdahulu, pemain dram Search Yazit Ahmad 54, mendakwa ahli kumpulan terbabit pecah amanah berhubung bayaran konsert kumpulan itu sebelum ini.

amysearch1803_620_452_100

Search dianggotai oleh Amy, Nasir Daud, Nordin, dan Kid.

Awie berkata, ahli kumpulan Search tidak sepatutnya mengetepikan hak Yazit yang telah bersama dengan Search sejak awal penubuhannya.

“Mereka perlu pulangkan hak dia iaitu duit yang sepatutnya dia dapat. Pada usia ini sepatutnya mereka tidak terlalu memikirkan tentang harta sebaliknya persahabatan dan amanah.

009
“Saya faham Yazit berada dalam keadaan tertekan dan memerlukan wang untuk rawatan penyakitnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Awie turut merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Yazit untuk memperbaiki keadaan dan menghulurkan bantuan kepada rakannya itu.

“Insya-Allah saya akan bertemu dengan dia dan memujuknya agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

IKLAN