Bisikan halus yang kita selalu dengar sebulan dalam setahun di corong-corong radio mula berkumandang…

Bisikan ape tu? Hahahaha…Yousooff Taiiyoobb…Itulah salah satu ‘petanda’ bahawa kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Apa yang paling popular di bulan Ramadan ye? Selain kuih muih dan makanan yang pelbagai serta aktiviti solat Tarawih dan ibadah yang lain, kurma juga menjadi kemestian dan sangat popular terutamanya di bulan Ramadan ini.

Tapi tahukah anda bahawa terdapat ratusan jenis kurma yang ada di pasaran? Haa..di sini kami kongsikan beberapa jenis kurma yang terdapat di seluruh dunia. Jom kita lihat.

kurma nabi

Kurma Nabi (kurma Ajwa)
Hanya tumbuh di Madinah (Arab Saudi) dan inilah kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW, warna hitam, tekstur lembut, tidak manis dan rasanya hampir mirip kismis.

IKLAN

kurma sekkiKurma Sekki
Ada dua warna, atas kekuning-kuningan sedang bawah kecoklatan, bahagian yang kuning lebih keras, yang coklat lebih empuk serta kenyal, rasanya sederhana manis.

kurma barhi
Kurma Barhi :

Warna coklat cerah, sederhana manis, tekstur lembut seperti durian, ada sedikit rasa karamel

kurma kholas
Kurma Kholas :

Berwarna coklat terang keemasan mirip kurma barhi, mempunyai rasa seakan kopi berkaramel, tekstur empuk rasa sederhana manis.

kurma khidri
Kurma Khidri :

Warna maroon gelap lebih kering, kenyal, tidak terlalu manis, biasanya kurma ini ditambah dengan bahan lain seperti coklat, badam, oren, gajus dan sebagainya.

kurma mactoumi

Kurma Mactoumi :
Warna sedikit hitam kemerahan, permukaan agak keriput, kenyal, rasa manis.