Tiga lagi serpihan yang baharu ditemui di Mauritius dan Mozambique yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines, kata Menteri Pengangkutan Australia, Darren Chester.

mh370

Sebelum ini lima serpihan ditemui dan berkemungkinan besar ia adalah serpihan daripada psawat jenis Boeing 777.

IKLAN

mh370 2

Kesemua serpihan berkenaan ditemui beribu kilometer dari zon carian ketika ini iaitu di perairan barat Australia.

Chester berkata, dua daripada serpihan baharu itu ditemui di Mauritius, manakala satu di Mozambique dan ia mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.

mh370 3

“Kerajaan Malaysia masih belum mengambilnya sebagai hak mereka namun seperti serpihan sebelum ini, pegawai Malaysia sedang menguruskan pengambilannya dan dijangka dibawa ke Australia untuk diuji pakar,” katanya dalam satu kenyataan.

mh370 4

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut butiran dan jenis serpihan berkenaan. – AFP