Pasti ramai yang menggemari masakan asli Indonesia kan? Jadi apa kata jika anda cuba rasai keenakan masakan khas Sunda di Rumah Makan Cibiuk.

cibiuk

Rumah Makan Cibiuk Shah Alam beroperasi di Vista Alam Seksyen 14, Shah Alam berhadapan Hospital DEMC.

IKLAN

ayam bumbu pedas cibiuk

Apa yang menarik ialah pengunjung boleh bersantai di meja makan khas yang disediakan dengan tempat duduk bersila.

Turut disediakan untuk kemudahan pelanggan ialah surau dan juga playroom untuk kanak-kanak.

sotong bakar cibiuk

Rumah Masakan Cibiuk dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 11 malam dan 3 petang hingga 11 malam pada hari Jumaat.

Antara menu lazat masakan asli Sunda yang anda boleh cuba ialah ayam bumbu pedas cibiuk, sotong crispy cibiuk, es durian cibiuk dan tumis toge cibiuk.

tumis toge cibiuk

Yang pastinya sambal sunda yang dihidangkan pasti akan membuatkan air mata mengalir, hidung anda berair kepedasan.

es durian cibiuk

Walaupun pedas, tangan tetap tidak boleh berhenti menyuap walaupun dah berpeluh sakan!!