Madu lebah merupakan makanan sunnah Rasulullah SAW. Umum mengetahui bahawa madu mengandungi pelbagai khasiat tersendiri dalam mencegah pelbagai penyakit.

Malah ia juga merupakan makanan yang lengkap dengan gizi yang diperlukan oleh badan. Jom kita lihat fakta menarik tentang madu lebah ini;

IKLAN

lebah 1

1. Madu telah digunakan oleh manusia sejak ribuan tahun lalu. Terdapat lukisan dalam sebuah gua di Cueve de la Arana di Valencia Sepanyol menggambarkan manusia sedang cuba mengambil madu daripada sarang lebah. Lukisan berkenaan didapati berusia sekitar 8,000 tahun.

lebah 2

2. Madu merupakan satu-satunya manakan yang dihasilkan oleh serangga dan ia dimakan serta memberi khasiat kepada serangga dan manusia.

3. Tahukah anda bahawa madu mempunyai pelbagai rasa dan aroma? Malah ia juga memiliki warna yang berbeza. Ini disebabkan oleh variasi dalam kadar air dan kandungan madu itu sendiri yang dikumpulkan oleh lebah.

4. Untuk menghasilkan sekilogram madu, lebah memerlukan sekitar empat juta kuntum bunga untuk mendapatkan madu.

5. Anda mungkin tidak tahu bahawa madu merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi semua zat yang diperlukan oleh badan untuk terus hidup. Selain mengandungi enzim, vitamin, mineral dan air, ia juga satu-satunya makanan yang mengandungi ‘pinocembrin’ iaitu antioksidan yang dikaitkan dengan peningkatan fungsi otak.

storing-honey

6. Anda tidak perlu takut untuk menyimpan madu dalam waktu yang lama kerana madu merupakan salah satu makanan yang tidak akan basi atau rosak. Ia mengandungi komposisi 80% gula dan 20% air. Malah ia juga memiliki kadar PH yang tinggi dengan sedikit kandungan air di mana ia menyukarkan bakteria untuk hidup. Buktinya, para ahli arkeologi di Mesir pernah menemui madu yang dimakan oleh para Firaun yang berusia melebihi 2,000 tahun dan madu itu masih boleh dimakan!!!

Texas_State_Fair_honey

7. Kini banyak madu yang dijual di pasaran tidak asli dan dicampur dengan gula. Untuk menguji ketulenan madu, masukkan dalam peti sejuk beku dan lihat. Sekiranya ia beku maka ia bukanlah madu asli kerana madu asli tidak akan beku bila disejukkan.

IKLAN

lebah 5

8. Cara yang paling terbaik untuk menguji ketulenan madu adalah dengan membawa pulang madu ke rumah. Sekiranya pinggan mangkuk, blender, lesung batu atau peti ais terbang atau kepala anda benjol selepas membawa pulang madu itu, confirm itulah madu yang paling ASLI yang membuatkan bini anda bertukar menjadi HULK..!!!! Muahahaha…