Seorang lelaki di India sanggup melakukan pelbagai perkara di luar jangkaan hanya semata-mata untuk mencatatkan nama dalam Buku Rekod Dunia Guinness.

rishi1

Har Parkash Rishi setakat ini pernah melakukan kerja gila dengan mencacah 366 tatu pada badannya dan mencabut eksemua giginya hanya semata-mata untuk memasukkan penyedut minuman hampir 500 batang serta 50 lilin dalam mulutnya.

IKLAN

rishi 5

Semua itu dilakukan hanya untuk mencatatkan rekod dunia dan setakat ini beliau mendakwa sudah mencipta 20 rekod dunia.

Keghairahan Rishi atau lebih glamour dengan gelaran Guinness Rishi melakukan pelbagai perkara pelik termasuk meminum sebotol sos tomato dalam tempoh kurang 4 minit.

rishi3

Rishi mula mencipta rekod dunia pertamanya pada tahun 1990 apabila dia dan dua rakannya menunggang skuter selama 1,001 jam.

Sejak itu, Rishi akan cuba melakukan apa sahaja mengikut kemampuannya hanya semata-mata untuk mencatatkan rekod dunia.

rishi2

Mungkin dah ketagihan kot tengok nama dia banyak banyak dalam buku rekod Guinness

Sumber: Reuters