Mungkin ramai yang mengatakan jambatan hanyalah satu binaan biasa yang merentangi sungai untuk kemudahan sesebuah masyarakat menyeberangi sungai tanpa tidak lagi menggunakan bot atau perahu.

Itu bagi jambatan biasa yang banyak terdapat di tempat kita, tapi tahukah anda terdapat jambatan yang sangat indah dan menarik ribuan pelancong setiap tahun untuk berkunjung ke jambatan itu?

Ya…Jambatan yang akan kami paparkan kali ini adalah sangat indah dan menakjubkan untuk dikunjungi. Jadi kepada penggemar aktiviti melancong bolehlah berkunjung ke jambatan ini untuk menikmati keindahan serta mengagumi kehebatan senibinanya.

IKLAN

Tower-Bridge-raised-blog

Tower Bridge London

Merupakan sebuah mercu tanda London yang banyak tercatat pada cenderamata, t-shirt, dan memorabilia. Terletak merentangi Sungai Thames, jambatan ini menjadi lokasi tumpuan utama pelancong ke London.

chengyang bridge

Chengyang Bridge, China

Jambatan berkonsepkan ‘angin dan hujan’ ini merupakan kecemerlangan seni bina masyarakat Dong China. Ia dibina tanpa sebarang penggunaan paku mahupun skru untuk menyambungkan setiap bahan binaan jambatan ini. Ia dibina dengan hanya menggunakan batu dan kayu sahaja.

pont du gard

Pont du Gard

Jambatan Pont du Gard pada asalnya hanya sebuah sistem saluran untuk menyalurkan air ke bandar Rom. Dibina lebih daripada 2,000 tahun dahulu, Pont du Gard hanya turun 56 kaki lebih kilometer dan mampu menyalurkan lebih 3 juta gelen air ke setiap bandar setiap hari.

Rialto bridge

Rialto Bridge, Venice Itali.

Rialto Bridge mempunyai bentuk lengkungan yang unik. Menjadi tarikan pelancong yang menyusuri bawah jambatan ini menaiki gondola sambil menikmati pemandangan indah Venice.

IKLAN

Ponte-Vecchio-brid_2375645a

Ponte Vecchio, Itali

Dibina pada zaman pertengahan, jambatan Ponte Vecchio merentangi sungai Arno dan merupakan mercu tanda paling menakjubkan di Florence, Itali. Jambatan ini juga dipenuhi dengan kedai-kedai kecil yang menjual barangan seperti barang kemas, barangan kulit dan barangan mewah lain untuk pelancong.