Berkunjung ke taman tema memang tidak sah kalau tak merasa denyutan adrenalin menaiki roller coaster. Ini merupakan salah satu tumpuan mereka yang berkunjung ke taman tema.

Pelbagai kejutan menanti penumpang yang menaiki roller coaster yang pastinya akan membuatkan rambut anda tercacak keras!!! Ini disebabkan pelbagai rintangan dan lauan yang mencabar graviti yang pastinya mendebarkan.

Inilah 5 roller coaster yang paling mengerikan di dunia..

kingda ka

Kingda Ka

Roller Coaster Kingda Ka terletak di Six Flags Great Adventure di Jackson, New Jersey yang mempunyai lintasan sepanjang 950 meter dan mempunyai menara utama setinggi 456 kaki (139 meter), membuatnya tercatat sebagai roller coaster tertinggi. Kingda Ka diperkenalkan secara rasmi pada 29 September 2004 dan menjadi berita utama untuk para media dan mulai dibuka kepada umum pada tanggal 21 Mei 2005.

IKLAN

top thrill dragster

Top Thrill Dragster

Top Thrill Dragster ini hampir sama dengan Kingda Ka dan hanya berbeza dari segi ketinggian. Ia dibina oleh syarikat Intamin pada 4 Mei 2003. Berlokasi di taman hiburan Cedar Point, Sandusky, Ohio, rollercoaster ini memiliki lintasan sepanjang 400 kaki (122 meter) dengan puncak lintasan setinggi 420 kaki (128 meter). Merupakan rolercoaster kedua tertinggi selepas Kingda Ka.

superman escape from krypton

Superman : Escape from Krypton

Rollercoaster yang ini agak berbeza dari dua sebelumnya, Superman : Escape from Krypton digerakan oleh gaya induksi magnetik bukan hidraulik. Terletak di Six Flag Magic Mountain, Valencia, California, rollercoaster ini memiliki 2 lintasan dengan 2 kereta.

Dengan kelajuan 160 km/jam menempuh lintasan sepanjang 1,235 kaki (376 meter), penumpang akan ditarik kebelakang dan lalu memanjat lintasan 90 darjah dengan puncak setinggi 415 kaki (127 meter) dan lalu meluncur lagi dengan lintasan yang sama pada saat ia dipandu terbalik.

tower of terror ii

Tower of Terror II

IKLAN

Bertempat di Dreamworld, Queensland, Australia, Tower of Terror merupakan rollercaster yang menggunakan tenaga induksi magnetik. Dirasmikan pada 23 Januari 1997 yang merupakan rollercoaster pertama dengan kecepatan yang paling tinggi iaitu 161,9 km/jam.

Berdurasi selama 28 saat, penumpang akan ditarik ke belakang dan lalu dibawa ke kemiringan 90 darjah dengan puncak tertinggi 115 meter dan kemudiannya meluncur kembali pada andasan yang sama.

steel dragon

Steel Dragon 2000

Steel Dragon 2000 terletak di Nagashima, Jepun. Ia merupakan rollercoaster seperti naga dengan puncak tertinggi 97 meter. Kemiringan maksima rolercoaster ini akan dirasai pada kemiringan 65 darjah.