Gitaris kumpulan Freedom, Ghani Abdul Karim meninggal dunia di kediamannya di Nusajaya Johor Bahru, Kelmarin.

Difahamkan Allahyarham mengalami pening dan muntah pada waktu maghrib sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Gitaris yang terkenal pada tahun 80-an itu juga turut menghidap penyakit darah tinggi.

Freedom pernah popular di persada seni tanah air dengan tiga album termasuk Mulanya Di sini (1987), Kau Yang Memungkinkan (1987) dan Cinta Ciptaan Kita (1989), memetik aporan Utusan Malaysia.

freedom 2

Allahyarham Ghani juga pernah menyertai kumpulan Heavy Machine selepas meninggalkan Freedom.

IKLAN

Allahyarham turut meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. Al-Fatihah…

https://www.youtube.com/watch?v=_YO-wMnEBZg

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry