Tugas sebagai wartawan memerlukan kecekalan dan juga jiwa yang kental untuk berdepan dengan pelbagai situasi terutamanya wartawan jenayah dan wartawan perang.

janna 2

Bagi wartawan perang, medan pertempuran menjadi medan permainan mereka dalam usaha untuk mendapatkan laporan yang telus tepat dan cepat.

Anda pasti tidak sangka bahawa terdapat seroang wartawan muda yang bakal menjadi generasi pelapis pengamal media dunia.

janna 3

Yaa…hanya berusia 10 tahun, Janna Jihad merupakan wartawan yang paling muda di dunia dan banyak melaporkan berita-berita daripada wiayah bergolak di Tebing Barat, Palestin.

Kekentalan yang ditunjukkan oleh Janna pasti akan membuka mata dunia dan juga memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain.

IKLAN

janna 6

Dalam usia semuda itu, Janna menepuh pelbagai cabaran berdepan dengan lokasi liputan yang bergolak dan dalam kancah peperangan.

Halangan daripada tentera zionis bukanlah penghalang bagi Janna dalam memberi liputan yang telus untuk tatapan dunia tentang apa sebenarnya yang berlaku di tanah airnya sendiri!!

Syabas Janna, semoga Janna tabah meneruskan liputan pergolakan di Gaza kepada dunia.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry