Musim cuti persekolahan pastinya akan memberikan peluang kepada anda khususnya yang sudah berkeluarga untuk membawa anak-anak melancong kan?

Tapi yang pastinya bajet sudah tentu menjadi keutamaan, maklumlah cuti sekolah pun dalam jangka masa yang tak jauh daripada cuti Hari Raya pula nanti.

Jadi bajet pastinya akan menjadi keutamaan. Bukan apa, takut nanti nak beraya pun kena kira-kira bajet sedangkan banyak pihak yang perlu dihulur untuk belanja raya terutamanya ibu bapa di kampung!

Kami kongsikan 5 destinasi bajet di Indonesia yang pastinya tidak menjadi masalah untuk anda membawa keluarga meluangkan masa bersama sepanjang cuti persekolahan ini. Jom kita lihat..!!

jakarta

1. Jakarta

Jakarta merupakan sebuah kota metropolitan dan merupakan ibu negara bagi Indonesia. Walaupuan ia merupakan kota metropolitan, tetapi ia masih lagi tidak menjadi penghalang untuk anda melancong di sini kerana kosnya tidak semahal yang disangka. Asalkan anda pandai memilih lokasi yang sesuai untuk menikmati percutian, pastinya anda tidak akan pening kepala. Meneroka sekitar kota Jakarta sahaja sudah cukup untuk melihat adat dan budaya masyarakat di sana.

IKLAN

lombok

2. Lombok

Lombok kini menjadi antara lokasi pilihan bagi kaki melancong dari Malaysia. Dikenali sebagai mini Bali, Lombok turut menyajikan lokasi pelancongan yang sangat indah dan menarik untuk dikunjugi sekeluarga. Malah perbelanjaan di sini juga boleh dikatakan jauh lebih rendah berbanding di Pulau Bali itu sendiri. Ia tidak sepadat lokasi pelancongan lain di Indonesia dan segalanya lebih murh dan menjimatkan di sini.

surabaya

3. Surabaya

Surabaya menjadi lokasi tumpuan bagi pelancong yang menggemari aktviti lasak dan outdoor. Antara lokasi yang menjadi tumpuan di sini ialah Gunung Bromo. Di Gunung Bromo, pelancong akan dapat menikmati keindahan matahari terbit yang pastinya memukau selain menyelusuri denai dan mendaki untuk ke lokasi ini. Selian Gunung Bromo, Taman Negara Baluran juga menjadi pilihan pelancong. Yang penting, kosnya amat murah dan menjimatkan.

solo

4. Solo

IKLAN

Solo mungkin tidaklah sepopular deastinasi pelancongan lain di Indonesia namun ia juga memiliki tarikannya tersendiri. Antara lokasi menarik yang ada di Solo ialah Kampoeng Batik Laweyan serta lokasi bersejarah di Candi Sukuh dan Cetho. Keindahan alam semula jadi di Air Terjun Jumug juga menarik untuk dilawati.

yogyakarta

5. Yogyakarta

Di sini terdapat dua lokasi Tapak Warisan Dunia Unesco yang tersohor untuk dilawati. Pastinya Candi Prambanan dan Borobudur menjadi tumpuan pelancong ke Yogyakarta. Bagi penggemar sejarah dan artifak lama, Yogyakarta adalah lokasi yang ideal untuk dikunjungi dengan kos yang sangat murah.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry