Ulser memang cukup menyakitkan dan membuatkan kita tidak selesa. Apatah lagi kalau terkena ulser ketika melancong atau bercuti, aduhhh…pasti amat menyeksakan dan hilang mood.

Apa tidaknya, bahana ulser pada mulut, terbantut selera nak jamah hidangan lazat yang pastinya menjadi amalan wajib ketika bercuti.

Nak makan sakit, nak minum pedih, nak bercakap pun tak selesa. Tapi ada cara mudah untuk kurangkan dan sekaligus menghilangkan ulser dengan cara yang menjimatkan. Jom lihat bagaimana caranya.

IKLAN

air garam

Air Garam

Ini adalah cara tradisional yang menjadi pilihan sejak dulu lagi. Caranya amat mudah dan menjimatkan cuku sekadar berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka dalam mulut. Cara ini merupakan cara yang cepat untuk menyembuhkan ulser dalam mulut anda. Air garam juga dipercayai mampu menghilangkan jangkitan pada mulut.

baking soda

Air Baking Soda

Cara ini juga mudah hanya dengan mencampurkan air dengan baking soda dan diletakkan di bahagian ulser. Dengan perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter ulser.

air kelapa

Air Kelapa

Berjemur di bawah terik matahari atau melakukan kerja di bawah suhu yang panas akan menyebabkan suhu badan naik mendadak dan tubuh akan panas secara berlebihan. Air kelapa dipercayai mampu menurunkan suhu badan dengan pantas dan berkesan. Selian mennyejukkan badan dan menyembuhkan ulser, air kelapa juga bermanfaat untuk kesihatan.

marjerin

Marjerin

Mungkin anda tidak tahu bahwa marjerin juga boleh menjadi enyembuh yang baik untuk masalah ulser di mulut. Anda hanya perlu sapukan marjerin pada ulser tersebut dan biarkan marjerin itu cair dan amalkan sehingga ulser hilang. Petua ini amat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak menyakitkan.

IKLAN

madu

Madu

Madu juga sangat berkesan untuk mengubati ulser mulut. Anada hanya perlu letakkan madu pada ulser tersebut dan ulangi hingga ia mengecut. Petua ini juga sesuai untuk kanak-kanak.