Air kelapa muda memang sedap diminum terutama ketika cuaca panas. Ia pasti melegakan tekak yang haus dan menyegarkan. Tahukah anda bahawa kelapa muda sebenarnya mengandungi khasiatnya yang tersendiri?

Ya..Air kelapa muda sememangnya mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk badan dari segi kecantikan dan juga kesihatan.

Malah dalam bidang perubatan sendiri turut memperakui bahawa air kelapa muda adalah sama dengan plasma darah dalam badan. Kami kongsikan 7 khasiat air kelapa muda.

IKLAN

weight-measure

1. Membantu Menurunkan Berat Badan

Kandungan lemak yang terdapat di dalam air kelapa sangat rendah. Oleh itu, anda boleh mengambilnya tanpa rasa takut ia akan menyebabkan peningkatan berat badan. Selain itu, air kelapa juga boleh mengurangkan selera dan membuatkan anda rasa mudah/cepat kenyang – kerana ia mengandungi banyak nutrisi.

kulit cantik

2. Mencantikkan Kulit

Bagi orang yang mengalami jerawat ataupun masalah kulit yang lain, membilasnya dengan air kelapa boleh membantu kerana air kelapa mempunyai kebolehan untuk mencuci dan memperbaiki tona kulit dan wajah. Ia juga boleh melembapkan kulit dengan meminum air kelapa. Ini masuk akal, kerana sudah banyak produk kecantikan yang berasaskan kelapa yang anda boleh dapat di pasaran. Kebanyakannya menggunakan nama ekstrak kelapa seperti di dalam produk sabun mandi, syampu dan losyen.

pencernaan

3. Membantu Pencernaan

Jika anda sering mengalami masalah pencernaan, air kelapa boleh memberikan kelegaan yang efektif. Hal ini kerana mempunyai kadar serat yang tinggi, ia boleh membantu mengelakkan masalah ketidakcernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.

hydrate

4. Hidrasi Badan

Kandungan yang terdapat di dalam air kelapa sangat berkesan untuk hidratkan badan – lagi efektif berbanding dengan minuman sukan yang terdapat di pasaran. Semasa bersukan ataupun aktiviti fizikal, badan kita banyak kehilangan air dan mineral. Air kelapa boleh membekalkan kembali kehilangan tersebut.

IKLAN

tekanan darah

5. Mengurangkan Tekanan Darah

Dalam kebanyakan kes, kadar elektrolik yang tidak seimbang boleh mengakibatkan tekanan darah meningkat. Air kelapa mempunyai kandungan yang seimbang, dan ia boleh bertindak sebagai mekanisma untuk mengimbangkannya.

6. Tinggi Nutrisinya

Tidak seperti air yang anda boleh didapati di pasaran, air kelapa mempunyai 5 elektrolit yang penting, yang turut terdapat di dalam badan manusia. Ini termasuklah; kalsium, magnesium, fosforus, potasium dan sodium. Oleh sebab komposisinya yang unik, air kelapa boleh dinikmati oleh semua orang, tidak kira dia mempunyai penyakit apa.

darah

7. Sesuai Dengan Darah Manusia

Oleh sebab air kelapa ini isotonik kepada plasma manusia, ia boleh digunakan di dalam situasi kecemasan untuk menghidratkan badan manusia. Di negara yang miskin dan terdesak kerana tiada bekalan makanan dan minuman, air kelapa dijadikan sebagai satu minuman gantian kepada keperluan harian mereka.