Seorang artis muda daripada China terkedu apabila binaan patung daripada Lego yang dihasilkan musnah gara-gara seorang kanak-kanak.

lego 3

IKLAN

Artis muda berkenaan mengambil masa 3 hari sehingga tidak tidur untuk menyiapkan binaan berkenaan bagi satu pertunjukkan pameran, lapor People’s Daily Online.

Dia turut meluahkan kekecewaannya di media sosial selepas kejadian itu yang berlaku pada pameran Lego di bandar Ningbo, China.

lego main

Patung berkenaan adalah karakter Nick Wilde, iaitu salah satu watak dalam animasi Disney Zootopia.

“Selepas kira-kira sejam pameran itu berlangsung, seorang kanak-kanak berusia lingkungan 4 hingga 5 tahun menolak patung berkenaan dan berkecai selepas terhempas ke lantai,” katanya.

lego2

Artis berkenaan yang hanya dikenali sebagai Zhao berkata, dia bekerja tanpa henti selama tiga hari untuk menyiapkan binaan itu sebelum pameran berlangsung.

IKLAN

Binaan berkenaan membabitkan Lego sebanyak 10,000 biji dan bernilai kira-kira £10,000.

lego

“Papan tanda ‘Jangan Sentuh’ pun sudah diletakkan berhampiran binaan yang saya buat itu,” katanya.

Menurut Zhao, pengunjung dan bahan pameran di situ hanya dipisahkan dengan penghadang tali sahaja dan semua pengunjung termasuk kanak-kanak dibenarkan mengambil gambar bersama bahan pameran.