Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada 5 hingga 21 Ogos ini.

Datuk-Chong-Weiafp-L-940x470

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah MOM.

IKLAN

“Chong Wei berhak dipilih sebagai pembawa bendera untuk kontinjen negara. Beliau adalah seorang ikon dalam sukan Malaysia untuk tempoh yang lama…dengan memberi penghormatan itu, ia akan memberi motivasi kepadanya.

lee-chong-wei-full-concentration

“Beliau pernah menghadiahkan pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik sebelum ini. Biar kami harap beliau akan menang pingat emas di Rio,” katanya.

Pada temasya Olimpik London, empat tahun lepas, ratu terjun Pandelela Rinong Pamg telah diberi mandat sebagai pembawa Jalur Gemilang. – Bernama