Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berada di laluan selesa untuk merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia buat kali keenam apabila mara ke suku akhir kejohanan berkenaan.

Peluang pemain nombor dua dunia itu mara ke final dan merampas kedudukan selaku pemain nombor satu dunia sebelum Sukan Olimpik 2016 bermula semakin cerah, selepas musuh tradisinya, Lin Dan tewas di pusingan kedua.

Kekalahan mudah Lin Dan kepada pemain tuan rumah, Jonatan Christie 12-21, 12-21 serta penarikan diri pemain nombor satu dunia, Chen Long daripada saingan itu memberi peluang keemasan kepada Chong Wei untuk memenangi kejohanan berkenaan kali ini.

Pada masa ini, Chong Wei mengumpul 88,953 mata, hanya ketinggalan 3,241 mata di belakang Chen Long, dan jika beliau muncul juara Terbuka Indonesia 2016, Chong Wei akan memperoleh 11,000 mata, sekali gus meletakkan beliau di ranking teratas dunia.

Datuk-Chong-Weiafp-L-940x470

Dalam saingan di Istora Senayan, malam tadi, Chong Wei hanya mengambil masa kira-kira 30 minit menewaskan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong 21-10, 21-13, untuk bertemu Wang Zhengming dari China di suku akhir.

IKLAN

345953-lee-chong-playnw-700

Beregu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong pula mencatat kemenangan ke atas pasangan profesional negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong 22-20, 22-20, untuk berdepan pasangan China, Chai Biao/Hong Wei di suku akhir.

kwiksport475

Satu lagi pasangan negara yang mara ke suku akhir ialah Vivian Hoo/Woon Khe Wei yang menewaskan beregu wanita Indonesia, Nitya Krishinda Maheswari/Greysia Polii 21-17, 21-19.

Hoo/Woon akan berdepan pasangan tuan rumah, Anggia Shitta Awanda/Ni Ketut Mahadewi Istirani di suku akhir. – Bernama

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry