Kemalangan membabitkan eskalator terutamanya melibatkan kanak-kanak membuatkan kita gerun untuk menggunakan kemudahan ini dan kemalangan yang biasa berlaku adalah kaki atau tangan tersepit pada eskalator.

bomba 1

Berbeza pula dengan kes terbaru yang melibatkan kemudahan eskalator ini pada kejadian malam semalam di sebuah pasar raya di Bagan Datoh, Perak.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa menanggung azab apabila kemaluannya tersepit pada eskalator menyebabkan kecederaan.

bomba 2

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kemaluan kanak-kanak malang itu tiba-tiba tersangkut ketika menaiki eskalator berkenaan bersama keluarganya.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.16 malam.

IKLAN

bomba3

“Setiba di lokasi, pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengumpil eskalator bagi menyelamatkan mangsa.

Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital terdekat untuk rawatan,” katanya. Hati-hatilah kalau gunakan eskalator terutamanya kanak-kanak, awasi anak-anak ketika menggunakan kemudahan ni, malang tak berbau..!!

Foto: JBPM Malaysia

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry