Berbuka puasa pastinya menjadi masa yang paing dinantikan oleh mereka yang menjalankan ibadah puasa. Malah ada yang menjadikan bulan puasa sebagai bulan untuk berdiet.

Namun diet yang anda amalkan di bulan puasa ini pastinya akan punah ranah juga jika menu berbuka puasa anda hanya main hentam keromo je.

Maklumlah, dah seharian menahan lapar dan dahaga, waktu berbukalah orang cakap waktu ‘balas dendam’.

Mana taknya, pergi bazar Ramadan, tengok segala macam makanan yang dijual seolah-olah ia melambai-lambai tekak untuk dijamah!!

Macam ekstrem sangat puasa kan?? Ikuti menu diet yang berkesan untuk menjaga badan.

karbohidrat2

1. Menu Berbuka Dengan Karbohidrat dan Air

IKLAN

Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat dan kaya vitamin serta minum air putih sebbanyak mungkin untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan selepas sehatian berpuasa. Makanlah buah kurma dan buah-buahan lain secukupnya kemudian dilanjutkan dengan makanan berat selepas menunaikan solat Maghrib. Antara makanan yang boleh diambil adalah kekacang, buah, sayur dan bijirin.

rumpai laut

2. Menu Berbuka Dengan Rumpai Laut

Rumpai laut merupakan makanan yang kaya dengan serat serta amat bagus untuk sistem pencernaan. Ia berkesan dalam mengurangkan toksin dalam badan dan kandungan fitokimia di dalamnya membantu tubuh untuk kekal sihat.

fish

3. Menu Berbuka Dengan Ikan

Hidangan ikan laut seperti ikan tuna, salmon dan kod serta ikan laut lain mengandungi asid lemak omega 3 yang amat bagus untuk tubuh. Zat ini membantu memperbaiki fungsi otak dan mengurangkan kolesterol dalam darah.

IKLAN

Raw-Meat-1

4. Menu Berbuka Dengan Hidangan Daging

Daging lebu yang terbaik adalah di bahagian topside dan daging batang pinang serta di bahagian pinggulnya. Daging lembu pada bahagian ini kurang mengandungi lemak dan memberikan tenaga untuk badan selepas seharian berpuasa. Menu daging juga mengandungi kadar protein yang tinggi.

Nah..Mudah bukan nak amalkan diet ketika berpuasa? Diet pun kena ada cara, bukan dengan hanya tidak makan minum seharian pun dah boleh dianggap berdiet kerana aktiviti ‘balas dendam’ pada waktu berbuka pun boleh merencatkan diet yang sihat. Jadi ikutilah menu berbuka yang baik ini.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry