Malaysia mengesahkan slot ke saingan kumpulan pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2019 selepas menewaskan Timor Leste 3-0 dalam aksi kedua perlawanan playoff di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, dekat sini, malam tadi.

kim swee

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu mara ke peringkat akhir kelayakan Piala Asia dengan agregat 6-0 selepas mencatatkan keputusan sama pada aksi pertama di venue sama, Khamis lepas.

malaysia

Pemain Melaka, Khair Jones melakarkan nama pada penampilan pertama bersama Harimau Malaysia apabila membuka tirai jaringan dengan rembatan menerjah jaring gawang lawan pada minit ke-15.

malaysia2

Pada babak kedua, Malaysia menambah jaringan menerusi Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-57 sebelum pemain gantian, S. Chantru menutup tirai jaringan pada minit ke-67.

IKLAN

malaysia3

Pusingan kelayakan terkhir Piala Asia 2019 dijangka berlangsung pada 28 Mac tahun depan. – Bernama

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry