Seorang lelaki berdepan dengan detik cemas apabila menyedari ada seekor ular tedung dalam mangkuk tanda ketika dia membuang air.

cobratoilet1

Pattaraphol Laikamnertploy, dari Khlong Luang, sebuah pekan kecil di luar Bangkok berkata, dia menyedari kewujudan ular berkenaan ketika sedang duduk di tandas dan menyedari ular berkenaan merayap di bawahnya.

IKLAN

cobra2-940x528

Dia bagaimanapun bernasib baik apabila berjaya melarikan diri sekaligus mengelak daripada digigit haiwan berbisa itu dan memanggil pasukan sukarelawan untuk meangkap reptilia berkenaan.

Ular tedung sepanjang 1.2 meter itu ditangkap dan kemudiannya dilepaskan semula ke habitat semula jadinya selepas pasukan sukarelawan itu berjaya mengeluarkannya daripada paip kumbahan.

HiotoXs

Laikamnertploy, 27, berkata, dia pernah terserempak haiwan berkenaan pada Jumaat lalu namun ia hilang sebaik sahaja pasukan sukarelawan tiba untuk menangkapnya.

ular

Ini merupakan kes kedua selepas satu agi kes di mana kemaluan seorang lelaki digigit ular sawa ketika membuang air besar. Kejadian itu berlaku seminggu sebelum kes ini.