Perkampungan terapung sebenarnya tidak asing bagi kita kerana di negara kita sendiri turut mempunyai perkampungan terapung di Sabah.

2016-06-06_211203

Namun tahukah anda, terdapat perkampungan terapung yang sangat cantik di negara Hungary yang menjadi tumpuan pelancong serta jurugambar dari seluruh dunia.

IKLAN

Kecantikan utama rumah terapung ini adalah persekitaran yang bersih dengan keadaan tasiknya yang tidak tercemar.

2016-06-06_211217

Dikenali sebagai Bokod, perkampungan indah ini terletak di daerah Komarom-Esztergom, berdekatan dengan Orozlany.

Ia menjadi tumpuan pelancong untuk pengembara dan sering menjadi pilihan jurufoto untuk merakamkan foto yang indah.

2016-06-06_211229

Bokod dikenali sebagai kampung terapung kerana rumah penduduknya dibina di atas permukaan tasik yang membolehkan penduduk di situ terjun untuk mandi ke dalam tasik dengan mudah.

Rumah nelayan teratur di sepanjang pesisir Tasik Dorog/Palatinus yang merupakan tasik buatan manusia di mana pentadbirannya di bawah Esztergom dan merupakan antara tasik yang paling bersih di Hungary.

2016-06-06_211305

Tarikan yang paling popular di sini ialah rumah mandi Heviz. Rumah mandi Heviz yang asal dibina di atas rakit, namun kini rakit telah ditukar dengan binaan tiang.

2016-06-06_211318