Aksi pergaduhan seorang lelaki dan wanita yang dipercayai sepasang kekasih di sebuah kawasan tempat letak kereta yang dirakamkan oleh individu tidak dikenali kini menjadi viral di media sosial.

punch1

Klip video berdurasi 2 minit 32 saat itu memaparkan pasangan itu mula bertengkar sebelum wanita berkenaan bertindak memukul lelaki.

IKLAN

Wanita berkenaan memukul lelaki berkenaan yang memiliki badan lebih besar daripadanya tanpa henti.

punch2

Lelaki berkenaan kemudiannya dilihat cuba mententeramkan wanita berkenaan dengan memeluknya, namun wanita berkenaan berdegil dan terus memukul lelaki itu.

punch3

Mungkin berang dengan wanita berkenaan, lelaki terbabit kemudiannya mula meradang dan menumbuk muka wanita itu.

Walaupun wanita malang itu sudah jatuh ke lantai, namun lelaki terbabit seakan-akan masih tidak berpuas hati dan terus memukul wanita itu.

punch4

Kemudian muncul seorang pejalan kaki yang cuba meleraikan pergaduhan itu. Lelaki bangang itu cuba pula merampas telefon bimbit pejalan kaki berkenaan mungkin untuk menghapuskan bukti.

punch5

Video berkenaan dipercayai dirakamkan dari sebuah tingkap bangunan berdekatan tengah bandar Yekaterinburg di daerah Sverdlovsk Oblast.

https://www.youtube.com/watch?v=XY3XhSIjuFU

IKLAN