Percutian di pulau pasti mengasyikkan dengan hembusan bayu laut dan keindahan pantai dengan pasir yang memutih.

Banyak sekali pulau di dunia ini yang boleh dikunjungi dan mengandungi pelbagai tarikan yang istimewa.

Namun tahukah anda dalam banyak pulau di dunia ini, terdapat pulau yang sangat berbahaya untuk didiami oleh manusia walaupun ia kelihatan indah dan cantik.

Jom kita lihat 5 pulau yang paling berbahaya di dunia.

ilha-de-queimada-grande-02

1. Ilha de Queimada Grande

Ilha de Quemimada Grande merupakan sebuah pulau tang terletak di Lautan Atlantik berhampiran kepulauan Sao Paolo, Brazil. Berkeluasan 430,000 eter persegi atau 110 hektar, pulau ini digelar pulau ular dan kini tidak berpenghuni. Namun terdapat penemuan di pulau berkenaan yang membuktikan bahawa ia pernah didiami manusia sebelum ini. Apa yang menjadikan pulau ini sangat berbahaya untuk didiami manusia ialah, ia mengandungi spesis ular berbisa. Jumlah ular yang menghuni pulau ini adalah pada nisbah seekor ular setiap satu meter persegi. Kalau mahu, anda bolehlah pecahkan rekod dunia manusia paling lama tinggal bersama ular berbisa dengan tinggal di pulau ini!!

IKLAN

_Gruinard_Island

2. Pulau Gruinard

Pada Perang Dunia ke – II, Pemerintah Inggeris memutuskan untuk menjalankan ujian anthrax dan menjalankan ujian untuk diguankan sebagai senjata biologi. Pemerintah Inggeris kemudiannya bertindak membeli Pulau Gruinard daripada pemiliknya untuk dijadikan sebagai tempat ujian. Ia menjadikan pulau berkenaan sangat bahaya untuk didiami manusia dan hingga kini ia masih tidak berpenghuni dan beracun.

miyakejima

3. Pulau Miyakejima

Pulau Miyakejima yang terletak di kelompok Pulau Izu, Jepun merupakan sebuah pulau gunung berapi aktif yang meletus setiap beberapa tahun. Kekerapan letusan gunung berapi di pulau berkenaan menyebabkan gas sulfur beracun terembes daripada gunung dan di tanah sekitar.

farrallon

4. Pulau Farallon

IKLAN

Pulau Farallon yang terletak di pantai San Francisco yang indah menjadi habitat haiwan liar yang dilndungi seperti ikan paus, anjing laut dan jerung. Ia turut menjadi lokasi tumpuan para penyelam untuk menjelajahi kawasan ini. Namun satu kekhautiran yang timbul – selama bertahun iaitu pada 1946-1970, kawasan laut di daerah itu menjadi tempat pembuangan sisa nuklear. Kawasan yang berisiko tidak diketahui secara pasti.

Okunoshima_2

5. Pulau Okunoshima

Dikenali sebagai Pulau Rabbit, Okunoshima dijadikan sebagai tempat penghasilan gas beracun pada Perang Dunia Ke-II. Ketika itu Jepun baru sahaja  menandatangani perjanjian yang melarang gas beracun digunakan dalam peperangan. Jepun kemudiannya bertindak menghapuskan pulau ini daripada petanya. Ini menjadikan Pulau Okunoshima tercemar dengan sisa gas beracun.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry