Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam kolam air panas di Taman Negara Yellowstone di Montana.

Colin Nathaniel Scott, 23, yang berasal dari Portland, Oregon dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam berkenaan selepas bersiar-siar dengan kakaknya, Sable.

Usaha mencari mayat mangsa bagaimanapun dihentikan sebaik sahaj dimaklumkan bahawa mayat mangsa yang terjatuh ke dalam kolam berkenaan hancur sama sekali akibat kandungan asid yang tinggi di kolam itu.

Scott dan kakaknya ketika kejadian telah menyusuri laluan kayu yang dibina di kolam berkenaan sejauh 225 ela sebelum tergelincir dan terjatuh dalam kolam Geiser Norris itu.

geyser2

Kakaknya cuba meminta bantuan namun tiada apa yang dapat dilakukan.

IKLAN

Menurut hasil siasatan, pasangan berkenaan dikatakan bertindak keluar daripada laluan yang ditetapkan untuk menghampiri kolam berkenaan.

scott

Pegawai Taman Negara Yellowstone, Dan Wenk berkata, pengunjung sepatutnya mengikuti laluan yang telah disediakan untuk keselamatan.

“Tragedi yang menyayat hati ini adalah sebagai satu peringatan kepada kita untuk sentiasa mengikut laluan yang disediakan di sini,” katanya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry