Menjijikkan..!! Itulah yang dapat dikatakan berhubung klip video yang memaparkan lauk ikan yang didakwa dibeli di bazar Ramadan mengandungi ulat hidup kini viral di media sosial.

ikan2

Video berkenaan dimuat naik oleh seorang pembeli yang menyatakan rasa kecewanya dengan tahap kebersihan makan yang dibeli untuk berbuka puasa itu.

Video berdurasi 28 saat itu memaparkan isi ikan yang mengandungi ulat-ulat kecil sedang bergerak-gerak.

ikan3

Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam menguatkuasakan aspek kebersihan terutamanya di bazar Ramadhan bagi mengelakkan masalah kesihatan seperti keracunan dan sebagainya.

Tapi kita semua jug perlu ingat, kalau nak membeli juadah untuk berbuka puasa mestilah pilih-pilih gerai dan tengok-tengok dulu tahap kebersihan gerai dan juga pengendali makanan.

IKLAN

ikan4

Bimbang juga kalau-kalau terkena keracunan makanan dalam bulan puasa ni, tak pasal-pasal nanti puasa kat hospital.

So..Hati-hati membeli juadah berbuka!!

https://www.youtube.com/watch?v=UTyWJEDWq60

Sumber: Saya Luv Islam Official

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry